Seorang pelajar di sebuah tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap juniornya sehingga patah tangan gara-gara mengejek mangsa melaungkan azan kurang merdu.
Tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa berusia 14 tahun di surau sebuah pusat tahfiz di Ayer Hitam pada kira-kira jam 1 tengah hari, 30 Jun lalu.

Artikel berkaitan: “Dia azan sebelum waktunya” – Imam Dip*kul Beramai-ramai Gara-gara Tegur Budak Main Mikrofon Masjid
Artikel berkaitan: [VIDEO] Lelaki Tiba-tiba Azan Lepas Lihat Wanita Mengamuk Di Kedai Makan
Berdasarkan fakta kes, mangsa pada hari kejadian ditugaskan melaungkan azan sebelum diejek oleh tertuduh kerana dikatakan sumbang.
Ejekan itu dipercayai mencetuskan kemarahan mangsa sehingga dia bertindak menampar muka tertuduh. Keadaan kemudian bertukar menjadi pergelutan dengan kedua-dua mereka saling tolak-menolak.
Dalam insiden tersebut, tertuduh didakwa menolak mangsa sehingga terjatuh, menyebabkan pergelangan tangan kiri mangsa patah.
Susulan kejadian itu, mangsa ditemani ahli keluarga membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dan menetapkan 29 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen serta laporan akhlak.
Sumber: Berita Harian

11 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















