Syaz Ft 2026 07 24T153530.539

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengesahkan bahawa beliau kini sedang berjuang melawan penyakit kanser paru-paru tahap tiga.

Khabar duka itu didedahkan sendiri oleh Idris, 67, menerusi satu temu bual dalam program YouTube milik anaknya, Leon Jala, iaitu The Game of Impossible.

Menurut beliau, diagnosis berkenaan dikesan selepas beliau menjalani pemeriksaan kesihatan susulan mengalami masalah batuk yang berpanjangan.

Artikel berkaitan: Popular Dengan Video Masak ‘From Scratch’, Nara Smith Dedah Anak 2 Tahun Hidap Kanser

Artikel berkaitan: “Doktor suruh keluarga bersedia” – Luahan Sayu Amyza Aznan Cari Ikhtiar Lain Lepas Setahun Anak Berjuang Lawan Kanser

Berikutan keadaan kesihatannya itu, Idris mengambil keputusan untuk berundur seketika daripada tugasnya sebagai hos bersama program berkenaan bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses rawatan.

Figura ‘Penyelamat’ Syarikat Besar & Tokoh Penting Negara

Nama Datuk Seri Idris Jala sememangnya tidak asing lagi dalam arena korporat dan pentadbiran negara. Beliau diiktiraf secara meluas sebagai seorang pakar corporate turnaround atas kehebatannya memulihkan syarikat-syarikat besar yang mengalami kerugian.

Antara pencapaian utama dan impak besar yang pernah dilakar oleh beliau sepanjang perkhidmatannya termasuklah:

  • Memulihkan Malaysia Airlines (MAS): Semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari tahun 2005 hingga 2009, beliau berjaya menterbalikkan kerugian MAS daripada RM1.3 bilion pada 2005 kepada keuntungan bersih sebanyak RM852 million hanya dalam tempoh dua tahun.
  • Menteri Orang Ulu Pertama: Dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009, sekali gus mencatat sejarah sebagai wakil etnik Orang Ulu pertama yang memegang jawatan menteri kabinet persekutuan.
  • Menerajui Pemandu: Memimpin Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari 2009 hingga 2015 bagi mengawasi pelaksanaan Program Transformasi Negara (NTP). Beliau kini berkhidmat sebagai Presiden dan Pengerusi Pemandu Associates Sdn Bhd.
  • Pengiktirafan Antarabangsa: Pernah diiktiraf oleh agensi berita perniagaan terkemuka dunia, Bloomberg, sebagai antara 10 pembuat dasar paling berpengaruh di dunia.
  • Kepimpinan Korporat Lain: Pernah memegang jawatan penting sebagai Bekas Pengerusi Bersama Sunway Group serta Bekas Pengerusi Heineken Malaysia.

Pengumuman yang dibuat oleh beliau itu mendapat perhatian ramai yang mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan kekuatan sepanjang menjalani proses rawatan.

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.