Benarlah kata orang, rindu yang paling perit adalah rindu kepada orang yang telah tiada.
Ina Naim menerusi sesi live baru-baru ini mendedahkan yang dia telah didatangi arwah suaminya, Suhaimi Saad, ketika di dalam mimpi.
Kejadian itu berlaku ketika dia mengalami demam selama tiga hari berturut-turut dan perkara ini juga telah diceritakan kepada suaminya kini, Khairul Rizal.
@nizarwatieBagus suami Ina sekarang. sangat memahami. Biasalah kadang terbit rasa rindu pada Arwah suami. Moga Ina baik-baik saja. #ina #inanaim #inasuhaimi #suhaimisaad
♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Artikel berkaitan: “Jangan tanya lagi” – Netizen Tegur Sikap Ina Naim Berubah, Geram Bila Netizen Tanya Tentang Pekerjaan Suami
Artikel berkaitan: “Bahagia nampak Ina” – 22K ‘Join’ Live Ina Naim & Suami Di TikTok, Ramai Puji Kemesraan Pengantin Baru
Selama Kak Ina demam tiga hari, tiga hari berturut-turut itulah saya mimpikan arwah. Tapi saya dah cerita dengan abang Khairul (suami) juga.
“Dalam mimpi, arwah tidak bercakap. Saya sebenarnya rindu, tak boleh tipu,” katanya dalam nada sebak menahan tangis.
Dalam pada itu, Ina juga memberitahu bahawa suaminya berpesan agar dia tidak terlalu tenggelam dalam kesedihan.
Cuma Khairul berpesan jangan lupa untuk kembali semula ke sini jika saya bermimpikan arwah,” kata Ina lagi.
Video tersebut menerima pelbagai komen dari netizen yang sedih dengan apa yang dilalui Ina dan mengatakan ia adalah perkara biasa bagi seseorang untuk merindui mereka yang telah pergi.
Al fatihah buat arwah Suhaimi Saad…