Sambut Tahun Ular dengan perayaan moden dengan citarasa istimewa di Gordon Ramsay Bar & Grill serta Gordon Ramsay Street Pizza. Kedua-dua lokasi ini menawarkan interpretasi moden terhadap tradisi Tahun Baru Cina, sesuai untuk korang yang mahukan pengalaman luar biasa musim perayaan ini.
Menu CNY yang disediakan ini sesuai dengan cita rasa moden. Hidangan inovatif ini direka dengan menampilkan interpretasi baru hidangan klasik meja bulat yang menawarkan pengalaman makan yang bercita rasa tinggi.
Dengan suasana restoran yang megah dan elegan, sambutan ini merupakan pilihan ideal untuk mengeratkan hubungan lama dan baru, bermula dari 17 Januari hingga 12 Februari 2025.
Walaupun menu yang dihidangkan berbeza dari hidangan tradisional Tahun Baru Cina, ia tetap mengekalkan ciri-ciri luar biasa yang sinonim dengan legasi fine dining Gordon Ramsay. Direka untuk perkongsian, setiap hidangan dilengkapi dengan Yee Sang istimewa serta tiga pilihan hidangan sampingan.
Raikan bersama orang tersayang sambil menikmati hidangan istimewa seperti daging yang lembut dan cair di mulut, disempurnakan dengan bordelaise jus, kentang panggang dan hiasan watercress, Wagyu Ribeye on the Bone (MYR980.00+).
Nikmati juga Slow-Roasted Lamb Leg (MYR680.00+) yang dipadankan dengan kacang hijau halus, salsa verde yang menyegarkan, dan rosemary jus yang wangi. Truffle Roasted Chicken (MYR580.00+) pula akan dihidangkan bersama ubi keledek, bawang putih confit yang wangi, foie gras yang mewah dan hirisan truffle hitam, disempurnakan dengan jus gras yang lazat.
Bagi peminat makanan laut, Steamed Turbot on the Bone (MYR1,188.00+) memang pilihan yang tepat. Ikan ini dipadankan dengan sos américaine, bayam lembut, daun tiram dan sentuhan lemon yang menyegarkan. Untuk melengkapkan jamuan, korang juga boleh memilih tiga hidangan sampingan, memastikan pengalaman makan yang serba lengkap dan memuaskan.
Setiap hidangan disarankan untuk dikongsi antara 3-4 orang. Tempahan awal diperlukan.
Gordon Ramsay Street Pizza
Sama memikat dan menarik perhatian ialah rasa tempatan yang diperkenalkan di Gordon Ramsay Street Pizza’s Street Feast sempena Tahun Baru Cina ini. Membawa inspirasi rasa Malaysia, tempat mesra keluarga ini adalah destinasi sempurna untuk sambutan santai yang penuh dengan suasana perayaan.
Menjadi tumpuan musim ini ialah rasa telur masin yang digubah semula dalam dua ciptaan yang tidak dapat dilupakan. Pertama, nikmati Salted Egg Wings, di mana kepak ayam rangup dilapisi dengan sos telur masin yang lembut, ditambah dengan cili merah, daun bawang, dan daun kari rangup untuk gabungan rasa dan tekstur yang harmoni.
Selain itu, Crispy Chicken Salted Egg Pizza pula menampilkan doh pizza sourdough yang dilapisi dengan sos telur masin, ditambah dengan ayam rangup, tomato ceri, cili merah, daun bawang, dan daun kari rangup, satu sentuhan inovatif yang pasti memikat selera.
Ledakan rasa dan keseronokan yang dijamin menanti korang dan orang tersayang di Gordon Ramsay Street Pizza sempena Tahun Baru Cina ini.
Untuk tempahan di Gordon Ramsay Bar & Grill, sila klik di sini atau e-mel ke [email protected] / hubungi 03-7492 8000.
Untuk tempahan di Gordon Ramsay Street Pizza, WhatsApp +6019-6850577 atau e-mel ke [email protected].
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.sunwayhotels.com/sunway-resort, serta ikuti Facebook dan Instagram @GordonRamsayBarAndGrillKL dan @SunwayResortKualaLumpur.