6vape

Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah meluluskan cadangan untuk melaksanakan larangan penuh terhadap penjualan vape atau rokok elektronik di seluruh Rusia. Keputusan itu diumumkan selepas menerima cadangan daripada Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Chernyshenko, dan aktivis kesihatan awam.

Screenshot 2025 11 09 at 11.02.45 AM

Cadangan tersebut dikemukakan oleh Ketua Gerakan Awam Zdorovoe Otechestvo (Healthy Fatherland), Ekaterina Leshchinskaya, yang menegaskan bahawa beberapa negara jiran dalam Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) serta negara lain telah berjaya melaksanakan larangan seumpama itu dengan kesan positif terhadap kesihatan awam.

Putin dilaporkan mengangguk tanda setuju selepas mendengar penjelasan tersebut dan bersetuju untuk memberikan arahan rasmi bagi melaksanakan larangan penuh terhadap vape di seluruh Rusia. Langkah ini dijangka akan dikuatkuasakan selepas perbincangan lanjut dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi menentukan mekanisme pelaksanaannya.

Presiden Rusia itu turut menegaskan bahawa keputusan tersebut bukan sahaja penting dari segi kesihatan awam, tetapi perlu disertai inisiatif pendidikan dan kempen kesedaran dalam kalangan belia untuk menggalakkan gaya hidup sihat tanpa bergantung kepada rokok elektronik.

Screenshot 2025 11 09 at 11.03.28 AM

Langkah terbaru ini mencerminkan pendirian tegas kerajaan Rusia terhadap isu kesihatan awam, khususnya melibatkan generasi muda yang semakin terdedah kepada penggunaan vape. Jika dilaksanakan, Rusia akan menjadi antara negara besar pertama yang mengharamkan sepenuhnya penjualan dan penggunaan vape di peringkat nasional.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.