Seperti yang semua sedia maklum, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan sebuah konsert solo yang berskala besar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (10 Januari 2026).
Disebabkan hanya dua hari lagi sebelum konsert tersebut bakal berlangsung, ramai di antara peminat atau lebih dikenali sebagai Sitizoners sudah mulai berkongsi outfit yang bakal dipakai mereka sempena konsert berkenaan.

Difahamkan tema pakaian bagi konsert ini ialah ‘Platinum Monochromatic’ dan ia dipilih sebagai lambang kematangan dan selari dengan perjalanan tiga dekad Siti Nurhaliza dalam industri nyanyian.
Artikel berkaitan: “Rasa nak menangis tengok” – Ramai Terharu Lihat Persembahan Tun Hasmah & Siti Nurhaliza Atas Satu Pentas
Artikel berkaitan: ”Lagu biasa jadi sedap”- Lagu ‘Kami Guru Malaysia’ Versi TokTi Buat Orang Ramai Terpegun
“Dahsyat-dahsyat outfit audience konsert TokTi”
Susulan itu, ramai di antara peminat penyanyi nombor satu negara ini sudah mulai berkongsi busana apa yang bakal disarung mereka pada Sabtu ini.
Kebanyakannya memakai baju dengan palet warna perak, putih dan hitam dengan elemen-elemen futuristik dalam outfit tersebut.
Perniagaan pakaian juga tidak ketinggalan mempromosikan pakaian yang sesuai buat para peminat seperti yang ditunjukkan oleh individu di bawah ini.
@bettyiecollectionoutfit korsert toktik #sewabajumurah #bajurmurahcantik #bajusewamurah #bajudinnersewa #bajutraditionalmelayu
♬ original sound – JaiChenkoz – JaiChenkoz
Dalam video di bawah ini juga, dapat dilihat pelbagai fesyen di luar kotak yang diperagakan Sitizoners yang mengikuti tema berkenaan.
@farahazmannsemua sebab #konsertsitinurhaliza @Siti Nurhaliza
♬ original sound – JaiChenkoz – JaiChenkoz
Rata-rata netizen meninggalkan komen memuji dan tidak sabar-sabar ingin melihat sisi kreatif peminat dalam menggayakan tema tersebut di konsert berkenaan.
Siapa yang buat konsert sebenarnya ni?”
“Ini mesti TokTi panggil naik pentas ni.”
“Ah sudah Lady Gaga pun menangis tengok ni,” tulis komen-komen berkenaan.
Sebagai info, Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza telah dibawakan khas oleh Cuckoo dan penganjur utama Affin Bank ini dianjurkan bagi meraikan perjalanan seni penyanyi itu selama tiga dekad dalam industri muzik tanah air.
Dijangkakan seramai 65,000 peminat akan hadir menyaksikan konsert ini dan ia juga menampilkan beberapa penyanyi undangan seperti Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh dan Umairah.

1 day ago
10




![[VIDEO] Ketua Sindiket Scam Siber Chen Zhi Ditahan Di Kemboja, Kini Diekstradisi Ke China](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ketua-scam-cambodia.png)

























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















