jefri sama jule

Selepas putus dengan Ameera Khan atau lebih mesra dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK), Jefri Nichol dikatakan sudah menemui pengganti baharu.

Tular di laman X, netizen Indonesia memuat naik gambar yang didakwa Jefri bersama pempengaruh sensasi, Julia Prastini atau Jule sedang bercuti di Bali.

Kedua-dua mereka dilaporkan berada di lokasi yang sama dan Jule yang seperti ramai ketahui merupakan bekas isteri kepada Na Daehoon, yang mana wanita itu juga dulu pernah tular tentang kisah kecurangannya.

si jule lagi jalan ama jefri nichol mengapain bawa tas pianika pic.twitter.com/h2xMCJtBX6

— nya. (@kembaranpepitaa) January 7, 2026

Guys, Jule dan Jefri dilihat bersama di Bali. Hal ini adalah 100 peratus benar. Tunggu saja kalau ada yang jumpa mereka di kelab dan kafe. Mereka pun saling mengikuti di Instagram,” tulis seorang netizen.

Artikel berkaitan: “Sayang” – Ada Gambar Berpelukan, Jefri Nichol Sudah Jumpa Pengganti?

Artikel berkaitan: ‘Unfollow’ Sama Sendiri Di IG, Jefri Nichol & Ameera Khan Putus Lagi?

Khabar angin ini juga semakin hangat diperkatakan apabila Jule dikatakan berkongsi foto dirinya berada di sebuah pantai yang didakwa di Bali.

Untuk rekod, Jule sebelum ini bernikah dengan Na Daehoon pada 2021 sebelum bercerai pada 30 Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sebelum ini, Jefri dilaporkan bercinta dengan adik kepada usahawan dan selebriti, Neelofa iaitu Ameera Khan dan hubungan mereka difahamkan sudah berakhir.

Dalam perkembangan lain, Ameera Khan juga dikatakan telah menemui pasangan baharu yang merupakan seorang jejaka berketurunan kerabat diraja.

Sumber: mStar, Suara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.