ft guru GISBH

Bekas guru yang pernah berkhidmat di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dipenjara 10 tahun kerana menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan 3 orang kanak-kanak dapat dikurangkan hukuman penjara 10 tahun ke 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Panel yang diketuai oleh Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan sebahagian daripada rayuan oleh pembelaan yang mewakili suspek, Muhammad Barur Rahim Hisam, 25, berhubung hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen Klang, pada 26 September 2024 lalu.

Artikel berkaitan : CEO GISBH, Anak Abuya & Anggota Lain Mengaku Jadi Ahli Kumpulan Menyalahi Undang-undang

Artikel berkaitan : Dr Maza Nak Saman GISBH & Tuntut Ganti Rugi RM10 Juta Atas Tuduhan Fitnah

Tekan dada murid guna lutut

Ketika membaca keputusan itu, Azman mengatakan bahawa mahkamah telah mengekalkan bon berkelakuan baik selama 5 tahun namun mengurangkan kadar cagaran terbabit daripada RM 10,000 kepada RM3,000.

“Empat pertuduhan yang dihadapi perayu di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini didapati selamat.”

“Hukuman penjara itu dikurangkan kepada lima tahun dan mahkamah mengekalkan keputusan hukuman berkenaan berjalan secara berasingan.”

Screenshot 2026 01 07 154421

Mengikut 4 pertuduhan, Muhammad Barur sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap 3 orang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 dan 11 tahun didakwa menganiaya mereka dengan cara merotan yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan fizikal mereka.

Dalam pada itu, dia didakwa menekan dada menggunakan lutut terhadap kanak-kanak sama yang berusia 10 tahun itu. Menurut sumber, perbuatan kejam tersebut dilakukan di 2 premis termasuk sebuah sekolah agama di sekitar Bukit Raja, Klang Utara di sini antara bulan Jun, Julai dan September 2024.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.