Harga perkakas rumah pintar sekarang, bila kita survey memang rasa nak pengsan. Ada perkakas rumah yang dulu harga masih mampu milik tapi sekarang naik berkali ganda sampai ramai terpaksa fikir banyak kali sebelum beli. Dalam keadaan ekonomi sekarang, bukan semua mampu beli barang rumah sekaligus hinggakan ada yang terpaksa ambil masa bertahun-tahun untuk lengkapkan satu demi satu.
Disebabkan ini, LG telah menawarkan model alternatif seperti LG Subscribe™, ia merupakan satu servis langganan perkakas rumah pintar yang memberikan akses kepada produk penuh tanpa perlu bayar harga penuh sekaligus.
Dengan konsep seperti ini, korang lebih senang nak urus bajet dengan lebih fleksibel untuk lengkapkan rumah idaman. Kalau nak tahu kenapa korang kena cuba LG Subscribe™ ni, baca sebab-sebabnya dekat bawah ni.
1. Tak perlu keluar ribuan ringgit sekaligus

Ramai tangguh niat nak upgrade rumah sebab harga perkakas rumah pintar sekarang memang mahal sangat. Sebab tu, LG Subscribe™ boleh bantu korang untuk dapatkan produk tanpa perlu menyimpan duit bertahun-tahun. Pelan ni memang sangat membantu orang yang baru pindah rumah, baru kahwin atau tengah jaga bajet hujung tahun.
Korang boleh pilih produk, pilih tempoh kontrak (5 atau 7 tahun bergantung pada produk) dan bayar secara bulanan melalui autodebit kad debit/kredit. Jadi korang tak perlu bayar harga penuh sekaligus dan korang boleh urus komitmen bulanan mengikut kemampuan sendiri.
2. Boleh dapat produk premium

Ramai yang impikan rumah dilengkapi dengan peti ais besar, TV OLED serta mesin basuh dan pengering moden. Tapi nak dapatkan kesemua perkakas ni sekaligus memang agak susah lebih-lebih lagi dalam ekonomi sekarang,
Disebabkan ini, LG Subscribe™ menawarkan sebanyak 14 kategori perkakas rumah pintar premium termasuk TV, peti sejuk, air purifier, water purifier, penyaman udara, mesin basuh, pengering baju dan juga LG Styler. Kalau layak, korang juga boleh langgan lebih dari satu produk sekaligus.
3. Kos penjagaan dan servis pun dah masuk sekali

Bila kita beli barang mahal, kos penjagaan selalu jadi benda yang orang lupa ambil kira. Perkakas rumah pintar perlukan servis penyelenggaraan berkala supaya sentiasa berfungsi dengan baik, tahan lebih lama dan tak cepat susut prestasi. Itulah kelebihan paling besar bila korang gunakan LG Subscribe™ ni, penjagaan bukan lagi tanggungjawab sendiri.
Dengan melanggan LG Subscribe™, korang akan menerima servis penyelenggaraan yang dijadualkan, termasuk servis layan diri (barang dihantar terus ke rumah untuk penjagaan tertentu) dan waranti standard sepanjang tempoh langganan. Senang cerita, LG pastikan appliance korang sentiasa berada dalam keadaan terbaik dari awal sampai akhir. Senang dan tak perlu risau langsung pasal maintenance.
4. Rumah jadi ‘smart house’ dengan LG ThinQ

Zaman sekarang ni, rumah pintar dah jadi trend, tapi tak ramai yang mampu untuk beli sistem rumah pintar. Tapi kalau korang nak tahu, kebanyakan produk LG boleh terus disambungkan ke aplikasi LG ThinQ, jadi korang boleh kawal perkakas rumah dari telefon sahaja. Senang nak semak status, jimat masa dan jaga penggunaan tenaga.
5. Fleksibel dan tak perlu diikat lama

Biasanya konsep sewa-beli ni, bila kita dah tak bayar, barang perlu dipulangkan. Tapi dengan LG Subscribe™, situasinya berbeza kerana ia direka sebagai model langganan jangka panjang yang memberi nilai kepada pengguna, bukan sekadar sewaan sementara.
Lepas kontrak habis, produk yang korang langgan akan jadi hak milik sendiri tanpa bayaran tambahan. Ini bermakna, korang bukan sekadar menyewa barang tapi korang juga boleh memiliki barang tersebut tanpa perlu bayar harga penuh pada hari pertama.

Dalam situasi ekonomi sekarang, model langganan seperti LG Subscribe™ menawarkan pilihan yang lebih bijak, fleksibel dan mesra bajet untuk sesiapa yang nak upgrade rumah tanpa rasa terbeban. Dengan bayaran bulanan yang ringan, servis lengkap, teknologi moden dan pilihan produk yang premium, korang boleh transform rumah tanpa mengorbankan dompet.
Kalau korang dah lama simpan hasrat untuk beli perkakas rumah tapi bajet tak pernah cukup, ini adalah masa yang sesuai untuk korang tengok sendiri apa yang LG Subscribe™ tawarkan.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ikuti Facebook, Instagram atau laman web rasmi LG.

1 day ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















