Seorang penumpang wanita berusia 23 tahun telah mencetuskan kekecohan selepas penyamarannya sebagai seorang pramugari terbongkar sepanjang penerbangan Batik Air dari Palembang ke Jakarta.
Berdasarkan laporan sumber, ia terbongkar selepas ada kru kabin lain mencurigai dengan jawapannya yang dikatakan tidak selari dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk pramugari sebenar.
Artikel berkaitan : AirAsia Perbaharui Polisi Pakaian, Pramugari Dibenarkan Berhijab Tanpa Perlu Ikut Laluan Terpilih
Artikel berkaitan : Tuang Air Atas Kepala Pekerja &; M*ki Pramugari, Lelaki Kemboja Didakwa
Guna tiket penumpang biasa
Penyamar yang bernama Khairun Nisa, atau lebih dikenali sebagai Nisya dipercayai berasal dari Palembang, Sumatera Selatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa, Nisya dilaporkan mengenakan seragam pramugari Batik Air, lengkap bersama kad pengenalan palsu dan beg pakaian kru penerbangan.
Dikatakan, Nisya masuk ke kawasan kabin pesawat dengan menggunakan tiket sah sebagai penumpang biasa sahaja. Tetapi semasa berinteraksi dengan kru sebenar, dia tak boleh memberikan jawapan yang meyakinkan petugas lain.

Ia membuatkan ramai mula rasa curiga dan dia segera disoal siasat sebaik sahaja pesawat mendarat di Jakarta. Rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan Nisya memakai kebaya putih dengan kain batik, gaya rambut sanggul, dan membawa kad pengenalan palsu yang menyerupai ID rasmi.
Aksinya itu menjadi perhatian ramai dan mencetus perdebatan tentang keselamatan penerbangan dan kawalan akses di lapangan terbang.
Dalam satu kenyataan, Nisya akui kesalahannya dan memohon maaf kepada pihak Batik Air serta masyarakat umum.
“Saya memang menaiki penerbangan Batik Air bagi laluan Palembang–Jakarta ID 70-508 dengan memakai pakaian dan kelengkapan pramugari.”
Dalam pada itu, Nisya turut menjelaskan bahawa ahli keluarga tidak tahu menahu tentang penyamarannya. Biarpun motif sebenar masih belum diketahui, laporan mengatakan bahawa dia melakukan perkara sedemikian adalah untuk menjaga maruah keluarga dan ingin memenuhi impian peribadi.

Pihak Batik Air masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut, namun netizen dan pakar keselamatan penerbangan ada menyuarakan rasa bimbang terhadap kelonggaran kawalan keselamatan di lapangan terbang.
Oleh itu, pihak berkuasa dijangka akan menjalankan siasatan lanjut terhadap bagaimana Nisya boleh melepasi kawalan keselamatan dan sama ada terdapat unsur kecuaian daripada pihak tertentu.
Sumber : Astro Awani

1 day ago
10




![[VIDEO] Ketua Sindiket Scam Siber Chen Zhi Ditahan Di Kemboja, Kini Diekstradisi Ke China](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ketua-scam-cambodia.png)

























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















