Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan produk penyedut hidung herba popular dari Thailand, Hong Thai Inhaler selepas ia dilaporkan ditarik balik berikutan pencemaran oleh bakteria berbahaya.
KKM juga mengesahkan produk herba berkenaan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan menegaskan larangan penjualan di pasaran Malaysia.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati produk tersebut dijual oleh penjual tempatan dan antarabangsa di platform dalam talian (e-dagang).
Susulan itu, pihaknya telah melaksanakan tindakan kawalan segera dengan menyekat pautan penjual terlibat serta meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap penjual yang masih memasarkan produk terbabit.
Artikel berkaitan: Produk ‘Yadom’ Popular Dari Thailand Didakwa Kotor, Dikesan Ada Bakteria & Kulapuk
Artikel berkaitan: Penggunaan ‘Inhaler’ Herba Makin Meluas, Kenali Produk Perubatan Thailand Yang Kian Diminati

KKM turut menjelaskan penjualan dan pemilikan ubat tidak berdaftar merupakan kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952.
Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, manakala syarikat boleh berdepan denda sehingga RM50,000.
Orang ramai dinasihati supaya menyemak status pendaftaran ubat melalui pelekat keselamatan hologram dan nombor pendaftaran (MAL) sebelum membuat pembelian dan semakan juga boleh dilakukan di laman web www.npra.gov.my pada ruangan “Product Search”.
Sumber: Astro Awani

2 weeks ago
49































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















