feature image 24

Baru-baru ini tular di media sosial tindakan seorang lelaki tempatan yang memberi kata-kata lucah kepada seorang wanita Rusia ketika lelaki itu sedang makan di sebuah restoran di Bukit Bintang.

Difahamkan, lelaki berkenaan ketika itu sedang membuat siaran live di media sosial manakala wanita itu pula sedang makan di meja sebelah lelaki tersebut.

video viral

Susulan video tersebut yang tular, wanita Rusia itu kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Dang Wangi, lapor Astro AWANI.

video viral 1

Artikel Berkaitan: Remaja Tak Terima Ditegur Perlahankan Suara Dalam Wayang, Siap Bagi Amaran L*cah

Artikel berkaitan: Lelaki Nafi Buat Ugutan B*nuh Terhadap Baby Shima, Dakwa FB Kena ‘Hack’?

Terkini, pihak polis sedang menyiasat mengenai kejadian wanita Rusia itu menjadi mangsa kata-kata yang berbaur lucah oleh lelaki tempatan tersebut.

Oleh kerana video tersebut tular di TikTok, kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam masa yang sama, lelaki itu difahamkan telah membuat permohonan maaf kepada umum setelah tindakannya itu dikecam oleh warganet.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.