Baru-baru ini, seorang wanita tular di media sosial selepas membuat beberapa video serta sesi live yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Wanita tersebut mendakwa ‘perkahwinan’ mereka itu akan diadakan pada bulan April ini.
Artikel berkaitan: Polis Sedang Mengesan Seorang Wanita Yang Dakwa Dirinya Kononnya Akan Berkahwin Dengan Tengku Hassanal
Artikel berkaitan: Istana Pahang Nafi Dakwaan Tengku Hassanal Bakal Berkahwin April Tahun Depan
Terbaru, pihak polis difahamkan sudah pun merakam percakapan wanita tersebut dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata setakat ini, pihaknya dalam peringkat akhir siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Menurutnya, wanita berusia 38 tahun itu berjaya dikesan di Perak dan pihaknya sudah merakam percakapan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Disember tahun lalu, pihak Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja membabitkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Datuk Mohamed Zahari Yahya, dilaporkan berkata hantaran di laman media sosial Instagram yang dimuat naik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Faridah Daud menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Mahkota Pahang.
Sumber: Harian Metro