Pempengaruh yang terpalit dengan kontroversi isu penipuan pakej pelancongan Korea Selatan, Kim Seri meluahkan beberapa hal berhubung isu yang berbangkit.
Ketika isu melanda, netizen mendakwa pempengaruh terbabit dilihat begitu tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku apabila dia memuat naik hantaran menunjukkan kehidupan harian seperti biasa.
Selepas beberapa hari mendiamkan diri dan gagal melunaskan hutang mangsa seperti yang dijanjikan sebelum ini, Kim Seri akhirnya tampil memberi beberapa kenyataan.
Selain memohon maaf dan meminta untuk diberikan sedikit masa lagi, dia juga mendakwa telah menerima pelbagai jenis ugutan.
Artikel berkaitan: “Mereka minta ‘buang’ saya” – Kim Seri Nak Bayar Hutang Tapi Terbatas Gara-gara Diboikot?
Artikel berkaitan: Ramai Mangsa Bersuara Tak Dapat WhatsApp, Kim Seri Dedah Punca ‘Block’ Nombor Telefon Pelanggan
“Polis Korea datang selamatkan saya”
Dalam pada itu, dia juga ada menyatakan sebab sering memuat naik hantaran positif walaupun sedang dibelenggu pelbagai masalah ketika ini.
Katanya, dia tidak mahu memuat naik hantaran yang menggalakkan pembaca membuat perkara yang tidak elok.
Kongsinya lagi, dia pernah diselamatkan polis Korea Selatan dan dimasukkan ke program kaunseling selama beberapa hari berhubung masalah yang dialami.
“Lepas tu, kena ceramah dengan polis. Polis cakap kita ni hidup sekali je, yang kat depan tu ada yang indah-indah, banyak lagi yang kita tak tahu.
“Sayang kalau awak buat macam ni. Ada anak-anak, anak-anak cantik dan comel, jangan putus asa.”
Justeru, dia sudah tidak hirau lagi jika ada yang mahu membenci, mengutuk dan mentertawakannya atas apa yang menimpa pada dirinya.
Sumber: Instagram