ft vivy suami pecah amanah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh 13 April tahun depan sebagai tarikh untuk mula perbicaraan kes pecah amanah yang membabitkan usahawan, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

Hakim, Rosli Ahmad menetapkan tempoh selama 15 hari untuk kes perbicaraan tersebut, bermula dari 13 hingga 17 April, selain 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026.

Artikel berkaitan : Vivy Yusof Dedah Hidap SLE Di ‘Newsletter’, Ramai Luah Rasa Simpati

Artikel berkaitan : Vivy Yusof & Suami Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah, Dilepaskan Dengan Jaminan RM100K Seorang

Mahkamah turut menetapkan tarikh 27 Oktober 2025 untuk sebutan semula kes. Untuk rekod, pasangan itu telah didakwa atas pertuduhan pilihan melakukan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (KHAZANAH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bernilai RM 8 juta, pada enam tahun lalu.

Kesalahan itu dikatakan dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara di Plaza Damansara, Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Screenshot 2025 06 23 174207

Pasangan tersebut dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama di mana mereka boleh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang dari 6 bulan dan maksimum 5 tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes akan dikenalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ashok Athimulan. Memetik laporan Berita Harian, Vivy dan suaminya tidak hadir ke prosiding dan dipercayai masih berada di Makkah sehingga ke hari ini.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.