ft guru silat

Seorang lelaki berumur 54 tahun yang juga merupakan guru silat tekah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas 4 pertuduhan melakukan amang seksual secara fizikal terhadap 3 orang remaha lelaki yang berusia antara 15 hingga 17 tahun. Menurut sumber, mangsa merupakan anak muridnya sendiri dan perbuatan itu dilakukan pada November 2023 dan Januari serta Februari lalu.

Walaubagaimanapun, tertuduh yang dikenali sebagai Faizul Yusoff emngaku tidak bersalan atas kesemua tuduhan yang telah dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Lakukan Aksi Silat, Netizen Kagum Tengok Kecergasan Nenek Umur 107 Tahun Ini

Artikel berkaitan : Juri Tak Sebelahi Atlet Tuan Rumah, Penonton Baling Botol Dalam Gelanggang Silat SUKMA

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Faizul didakwa telah mencabul seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di sebuah bilik hotel di Jalan Pantai Cahaya Bulan kira-kira jam 9 malam pada 13 Februari 2025 dan 3 pagi keesokan harinya.

Untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memeluk dan menyentuh seorang remaja yang berusia 17 tahun 3 bulan di sebuah inap desa di Kadok kira-kira jam 1 pagi pada 13 November 2023.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa telah mencabul seorang lagi remaja lelaki yang berusia 17 tahun satu bulan di sebuah inap desa di Bachok pada jam 3 pagi pada 28 Januari 2025.

Kesemua 4 pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Alyaa Mohd Zain.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak mencadangkan jaminan terhadap Faizul kerana kes itu membabitkan mangsa kanak-kanak di bawah umur.

Namun begitu, Nur Alyaa memohon mahkamah membenarkan ikat jaminan terhadap anak guamnya yang juga penanggung tunggal keluarga dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Oleh itu, mahkamah telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin untuk keempat-empat pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan. Mahkamah telah menetapkan tarikh 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.