“Perayaan untuk 1/4 populasi dunia!” – 5 Fakta ‘Rare’ Tentang Tahun Baru Cina Yang Korang Kena Tahu!

1 week ago 15

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana dapat menyaksikan serta merasai sendiri pelbagai perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di sini.

Tidak lama lagi, kaum Cina akan menyambut Tahun Baru Cina dan tahun ini merupakan tahun bagi horoskop ular dalam kalendar Cina yang meberi simbolik kebijaksanaan, intuisi, dan transformasi. Namun, tahukah anda ada banyak lagi fakta unik tentang perayaan terbesar kaum Cina ini?

Jom kita check it out! 

1. Lain tarikh setiap tahun!

Meskipun kita tahu perayaan Tahun Baru Cina biasa disambut ketika awal tahun, tapi perasan tak tarikhnya boleh berubah-ubah setiap tahun. Kenapa ya? 

pexels rdne 6691722Gambar Hiasan

Ia kerana tarikh perayaan itu mengikut kalendar lunisolar yang mengikut kitaran kedua-dua bulan dan matahari, ini menyebabkan tarikhnya berubah pada kalendar Gregorian yang biasa kita gunakan.

Pada asasnya, ia sentiasa jatuh pada bulan baru kedua selepas solstis musim sejuk dan jatuh pada tarikh yang berbeza-beza setiap tahun antara akhir Januari sehingga pertengahan Februari.

Artikel berkaitan: Makanan Tahun Baru Cina Yee Sang Rupanya Ada Kaitan Dengan Anthony Loke?

2. Makan makanan yang ‘bertuah’

Makanan yang mereka hidangkan pada perayaan ini juga mempunyai simbolik tertentu tetapi yang pasti, makanan itu perlu mempunyai ‘tuah’.

pexels angela roma 7363743Gambar Hiasan

Antara yang dimakan ketika peraayaan Tahun Baru Cina ialah ladu atau dumplings, menurut kepercayaan mereka ladu ini mewakili kekayaan. Lebih banyak ladu yang anda boleh makan, lebih banyak wang yang anda akan dapat untuk tahun itu.

Masakan berasaskan ikan pula dimakan kerana dalam bahasa Cina, ikan disebut (鱼 Yú /yoo/) yang berbunyi seperti ‘lebihan’.

3. Disambut selama 15 hari

Oleh kerana perayaan ini menandakan permulaan tahun baru berdasarkan kalendar lunar atau kitaran bulanan fasa bulan, maka ianya disambut selama 15 hari.

Pada petang hari ke-15 bulan lunar pertama, pada malam bulan purnama (penuh), keluarga biasanya berkumpul untuk makan malam dan melihat bunga api serta tanglung.

Artikel berkaitan: Tahun Baru Cina: Kenderaan Barangan Dilarang Berada Di Jalan Raya Selama 4 Hari

4. Warna merah bukan untuk ‘luck‘ je!

Kalau korang perasan, ketika sambutan Tahun Baru Cina banyak dekorasi serta pakaian yang berwarna merah. Biasanya kita dengar kerana warna merah ini bertuah untuk kaum Cina.

pexels balazsimon 6900887Gambar Hiasan

Selain itu, ia sebenarnya juga melambangkan nasib yang baik serta daya hidup (vitality) yang sentiasa dipermudahkan dan lancar.

Malah, perhiasan serta dekorasi berwarna merah juga dipercayai membawa tuah dan dapat menghalau roh jahat.

5. Mereka yang masih solo kadang-kadang ‘sewa’ pasangan!

Ini adalah sesuatu yang sangat rare! Buat mereka yang masih solo atau bujang pasti saudara-mara akan bertanya jika mereka sudah mempunyai pasangan atau belum (sama macam Makcik Bawang juga lah!)

Merujuk kepada sumber, di China, wanita dikatakan ‘boleh berkahwin’ sehingga 30 tahun dan lelaki sebelum 32 tahun tetapi jika seseorang itu menjangkaui umur itu mereka sudah dianggap bujang terlajak dan perkara itu amat merisaukan, khususnya buat ibu bapa.

pexels kevin malik 9016472Gambar Hiasan

Kebelakangan ini, terdapat individu yang menyediakan perkhidmatan ‘menyewa’ teman lelaki atau wanita untuk Tahun Baru Cina. Terdapat laman web dan ejen khusus dalam servis ini dan harganya adalah kira-kira 100 yuan (RM 62) sehari.

Jangan lupa untuk wish kawan-kawan korang yang menyambut Tahun Baru Cina okay!

Sumber: China Highlights

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |