ft UM Pom pom

Pensyarah Kanan Fakulti Sukan & Eksesais Sains dari Universiti Malaya (UM), Dr Nasnoor Juzaily Mohd Nasiruddin menyarankan agar pasukan Liga Malaysia (Liga M) meniru kaedah selalu digunakan dalam beberapa sukan di Amerika Syarikat (AS) yang menampilkan persembahan pasukan sorak atau lebih dikenali panggilan ‘pom pom girl’.

Menurut beliau, cara itu boleh dipertimbangkan bagi menarik minat penonton untuk ke stadium bahkan menyifatkan cara JDT melakukan cabutan bertuah itu patut dicontohi.

Artikel berkaitan : “Semangat mendidik”- Orang Ramai Teruja Tengok Faisal Halim Jadi Coach Pasukan Bola Sepak

Artikel berkaitan : Menyelam Cari Bola Golf Dalam Tasik, Pesara Tentera Jana Pendapatan RM8K Sebulan

“Saya melihat apa yang dilakukan JDT (Johor Darul Ta’zim) yang membuat cabutan bertuah sebagai inisiatif bijak dalam usaha menarik minat penyokong lebih ramai datang ke stadium.”

“Sebenarnya pelbagai aktiviti boleh dilakukan sebelum, ketika dan sesudah perlawanan. Seperti contoh di AS, kalau kita tengok perlawanan dalam American Football, Amerika, NBA atau Baseball akan ada persembahan artis atau pasukan sorak.”

“Kaedah sama pun boleh cuba di sini. Mungkin pasukan sorak akrobatik terdiri daripada pasukan wanita sekolah membuat persembahan sebelum perlawanan dan ketika waktu rehat.”

“Cara itu mungkin baru di Malaysia tapi di luar negara ia sudah biasa. Tapi persembahan perlulah mengikut budaya dan cara rakyat kita yang boleh menerimanya.”

“Saya fikir tidak salah kita mencuba dan mungkin ia boleh menarik minat penyokong yang hadir dan kekal di stadium sehingga habis perlawanan.”

Sebelum ini, dilaporkan bahawa jumlah kehadiran penyokong ke stadium amat membimbangkan buat kebanyakan pasukan yang bertanding di Liga M khususnya Liga Super.

Dikatakan, penurunan drastik kehadiran penyokong dapat dilihat pada aksi minggu ke-19 yang menyaksikan tidak sampai 10,000 peminat di kelima-lima venue perlawanan.

Begitupun jumlah penyokong meningkat di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu membabitkan aksi separuh akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC apabila tuan rumah menyediakan cabutan bertuah berupa motosikal dan beberapa hadiah sampingan lain.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.