Pembantu Kedai Makan Jadi Admin Group Bahan Luc*h Di FB, Mohon Denda Dikurangkan

2 weeks ago 15

Seorang lelaki berusia 40 tahun mengaku bersalah selepas dikemukakan terhadapnya sebelum Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Muar hari ini.

Dalam pada itu, mahkamah juga memerintah pembamtu kedai makanan dari Muar itu dipenjarakan selama 4 bulan jika gagal membayar denda.

Artikel berkaitan : Buat Lawak Lucah Ketika Maryam Kongsi Tips Pilih Buah Tembikai, Ryzal Ibrahim Dikritik

Artikel berkaitan : Rakam & Jual Puluhan Klip Video Lucah, Polis Cekup ‘Gigolo’ Tempatan Bersama 2 Teman Wanita

Mengikut pertuduhan, dia didakwa kerana mengakses bahan pornografi kanak-kanak di rumahnya di Tangkak pada 9 malam, 23 Disember lalu.

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 5 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis ada menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas mengesan ‘admin’ dalam satu ‘group’ Facebook.

Screenshot 2025 01 22 172213

Dalam ‘group’ tersebut, tertuduh memuatnaik gambar dan video lucah kanak-kanak termasuk mereka sedang memakai uniform sekolah.

Tertuduh berperanan sebagai ‘admin’ dalam ‘group’ tersebut, dia akan memberi kebenaran kepada mereka yang ingin menyertainya.

Selepas menjadi ahli, mereka boleh memuatnaik pelbagai video dan gambar lucah kanak-kanak yang mana hanya boleh diakses kepada mereka terpilih sahaja.

Pada 24 Disember tahun lalu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dan SKMM menerusi Ops Pedo menyerbu rumah didiami tertuduh.

Screenshot 2025 01 22 172330

Pemeriksaan mendapati tertuduh mengakses bahan lucah dan video kanak-kanak selain pernah diberi amaran oleh pihak Facebook hingga digantung tiga bulan.

Dalam serbuan itu, tertuduh mengakui bertindak sebagai ‘admin’ Facebook terbabit selain menemui beberapa pencarian yang pernah dilakukan tertuduh sebelum ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |