Seorang pegawai tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Kapten Jad Faid Arhan dituduh menyebabkan kematian seorang pencipta kandungan permainan popular warga Bangladesh yang dikenali sebagai ‘Advance Gaming’ di Lebuhraya Maju (MEX) minggu lalu.
Tertuduh yang berumur 31 tahun itu hanya mengangguk faham terhdap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Artikel berkaitan: “Seorang m*ut” – Pegawai Tentera Disyaki Mabuk Rempuh E-Hailing Punca Lebuh Raya MEX Sesak Teruk
Artikel berkaitan: “Padahal kerja elok dah” – Pegawai Tentera Dihukum Gantung Sampai Mati, Didapati Bersalah Bunuh Skandal Janda Anak Tujuh
Namun begitu, tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh. Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Muzahid Millad di Lebuhraya MEX dari arah Salak Selatan menghala ke arah Jalan Tun Razak pada jam 5.30 pagi, 23 April 2026.
Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana tertuduh berdepan dengan hukuman mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat sekurang-kurangnya daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan, iaitu memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan sehingga menyebabkan kecederaan kepada penumpang dan pemandu di lokasi, masa dan tarikh sama di hadapan Majistret Tg Syazwany Yasmyn Tuan Roslan.
Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 21 Julai depan untuk sebutan semua kes. Dalam prosiding tersebut, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datuk Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah.
Sumber : Harian Metro

6 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















