Mengharungi Gelombang Krisis Bekalan Global, Strategi Berfasa Malaysia Membina Ketahanan Ekonomi

9 hours ago 9

Dalam satu taklimat mengenai Krisis Bekalan Global, Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasrullah, menegaskan bahawa negara sedang berdepan dengan tekanan ekonomi global yang semakin kompleks.

Krisis yang pada awalnya dilihat tertumpu kepada isu bekalan minyak telah berkembang merangkumi rantaian bekalan, kos logistik, bekalan tenaga, bahan mentah industri, input pertanian, harga makanan, sektor pembinaan, serta pasaran buruh.

Bagi menangani situasi ini, Kerajaan sedang menguruskan keadaan tersebut secara berfasa, berpandukan data, libat urus bersama industri, dan tinjauan di lapangan.

Screenshot 2026 04 29 104152

Lima Keutamaan Kerajaan dalam Menangani Krisis

Dalam usaha memastikan ekonomi kekal stabil, Akmal Nasrullah menyatakan bahawa Kerajaan telah menetapkan lima fokus utama:

  • Menstabilkan Bekalan Tenaga dan Input Kritikal: Fokus diberikan kepada bahan api, elektrik, petrokimia, baja, dan bahan mentah untuk industri serta pembinaan.
  • Mengawal Tekanan Kos kepada Rakyat: Tindakan diambil bagi membendung kenaikan kos makanan, pengangkutan, tenaga, dan keperluan harian.
  • Kelangsungan Projek Penting Rakyat: Memastikan projek jalan, sekolah, klinik, penyenggaraan awam, dan infrastruktur asas tidak terbengkalai.
  • Melindungi Pekerjaan dan Pendapatan: Melaksanakan tindakan awal bagi melindungi pasaran buruh sebelum kesan tertunda krisis global menjadi lebih ketara.
  • Membina Daya Tahan Ekonomi Jangka Panjang: Memperkukuh keterjaminan makanan, ekonomi kitaran, biodiesel, baja bio-organik, dan rantaian bekalan domestik.

Daya Tahan Pasaran dan Pengurusan Kos

Selain itu, Akmal turut menjelaskan bahawa meskipun harga minyak mentah global menunjukkan volatiliti, pasaran ekuiti tempatan kekal berdaya tahan dengan Indeks FBM KLCI mencatatkan peningkatan sebanyak 1.5% kepada 1,720.3 mata pada 24 April 2026.

Namun, Kerajaan menegaskan bahawa kekuatan ekonomi tidak hanya dinilai berdasarkan pasaran kewangan, malah berpaksikan kepada kemampuan rakyat mengurus perbelanjaan dan kelangsungan operasi perniagaan.

679186837 1278959797744030 8385007727407639826 N

Dari sudut kos sara hidup, harga makanan terpilih masih berada dalam julat terkawal dengan perubahan harga kurang daripada 10% bagi tempoh 20 hingga 22 April 2026. Bagi sektor elektrik, bekalan negara kekal terjamin, namun Kerajaan komited meminimumkan kesan kenaikan harga bahan api global kepada rakyat.

Sehubungan itu, kira-kira 85% pengguna domestik yang menggunakan elektrik bawah 600 kWj akan terus dikecualikan sepenuhnya daripada caj Automatic Fuel Adjustment (AFA).

Artikel berkaitan : Strategi Tenaga Lestari Negara Tangani Impak Krisis Tenaga Global

Artikel berkaitan : KUSKOP & TNB Jalin Kerjasama Strategik Bantu PMKS Hadapi Tekanan Kos

Dalam menangani krisis ini, Akmal turut menekankan langkah strategik Kerajaan dalam memperkukuh rantaian bekalan domestik:

  • Sektor Pembinaan: Kerajaan sedang menyusun intervensi bagi menangani tekanan kenaikan harga bahan binaan dengan bekerjasama bersama pihak bank untuk penjadualan semula pinjaman bagi kontraktor yang terkesan.
  • Keselamatan Tenaga: Memperkukuh pelaksanaan biodiesel dan menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api untuk mengurangkan kebergantungan kepada import.
  • Pertanian: Menggalakkan pengeluaran baja bio-organik daripada bahan biojisim dan sisa organik bagi menjamin keterjaminan makanan negara selaras dengan pendekatan ekonomi kitaran.

Pendekatan strategik ini merupakan langkah proaktif Kerajaan di bawah pimpinan YB Menteri Ekonomi dalam membina daya tahan ekonomi negara agar lebih kalis terhadap sebarang kejutan luaran pada masa hadapan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |