syaz ft 2026 01 02T103446.433

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kes cubaan bunuh melibatkan seorang lelaki tempatan yang berlaku di Taman Kanak-Kanak Baru, Johor Bahru pada 22 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang tidur sebelum isterinya bertindak menutup muka mangsa menggunakan kain selimut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesukaran bernafas.

Artikel berkaitan: Anak Guna Ular ‘Russell Viper’ Untuk B*nuh Bapa Demi Pampasan Insurans Jutaan Ringgit

Artikel berkaitan: “Suaminya laju cabut lari” –  Isteri ‘Naik Hantu’, Penyondol Dimarahi Di Khalayak Ramai

G9lgJFNbEAApxEO

“Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati seorang lelaki yang merupakan kekasih kepada isteri mangsa turut terlibat dan dipercayai membantu melakukan perbuatan berkenaan sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Polis turut mendedahkan bahawa kira-kira seminggu sebelum kejadian, isteri mangsa kerap bertanyakan mengenai simpanan serta caruman insurans mangsa, sekali gus menimbulkan syak wasangka motif kejadian berkait dengan tuntutan insurans.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan isteri mangsa dan lelaki terbabit pada 23 Disember 2025 bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.