syaz ft 2025 01 15T105356.338

Selepas bercerai dengan Ananda Natasha tahun lalu, pempengaruh Andika Putera selamat menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Andika Putera atau nama penuhnya Muhamad Andika Putera Bin Salleh berkongsi video hari bahagianya itu, namun wajah isteri barunya tidak didedahkan dalam video tersebut.

Artikel berkaitan: “Nak dekat RM2K” – Individu Dedah Andika Putera Bayar RM100 Untuk Sesiapa Sertai ‘Old Money Club’?

Artikel berkaitan: Adira Suhaimi ‘Berguru’ Dengan Andika Putera, Netizen Usik Nak Beli TRX

Dalam video itu Andika dan pasangan mengenakan busana tradisional serba putih selain turut kelihatan anaknya, Alisha Puteri dengan isteri terdahulu menghadiri majlis tersebut.

Meskipun Andika tidak berkongsi wajah isterinya itu, namun tular video dari jurusolek pengantin perempuan itu di TikTok, difahamkan isterinya itu juga merupakan seorang doktor.

Ruangan komen hantaran Instagram itu dihujani dengan doa serta ucapan buat pasangan mempelai itu.

cats 11

Sebagai info, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun dan dikurniakan seorang anak.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.