Penyanyi Datuk Nora Ariffin menegaskan bahawa beliau mempunyai pendekatan tersendiri dalam menangani masalah melibatkan anak-anak, tanpa menggunakan kekerasan atau menjauhkan diri daripada mereka.
Nora, atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin, 51, berkata sebagai seorang ibu, beliau sentiasa berada di sisi anak-anaknya dalam menghadapi apa jua cabaran atau isu berkaitan hal peribadi.
@soutudeenWatch full vid soutudeen channel feat @SECUKUP RASA BY NORA ARIFFIN
♬ original sound – soutudeen – soutudeen
“Nak suruh saya tampar atau halau dia daripada rumah ke? Macam mana buruk sekalipun anak kita, dia tetap anak dan darah daging kita.
Orang luar pulau, mengata, mengutuk, mengeji dan mencaci maki dia. Kalau kita buat benda yang sama, dia nak pergi mana?”
Apabila jadi benda-benda macam ini (kontroversi), saya peluk anak sebab nak mereka tahu biar apa saja terjadi, saya bersama mereka,” katanya.
Dalam rancangan audio siar Our Next Guest, Nora berkata setiap ibu bapa juga mempunyai kekhilafan, sekali gus secara peribadi dia juga perlu bermuhasabah diri.
Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa lain supaya membuat pertimbangan dengan waras dan tidak membiarkan anak-anak merasa seolah-olah mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu.
“Nauzubillah tapi kita nak ke kalau anak kita ambil keputusan yang bukan-bukan, seperti menamatkan riwayat hidup mereka sebab tiada tempat bergantung?
Jangan terpengaruh sangat dengan kata-kata orang luar sebab pada penghujungnya mereka adalah anak kita,” katanya.
Terdahulu, timbul kontroversi apabila anak bongsunya, yang juga penyanyi, Dahlia, hadir tanpa bertudung di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), sekali gus mengundang pelbagai kecaman.
Sumber: TikTok

1 week ago
21































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















