Semalam, tular di media sosial mengenai sebuah kereta Toyota Avanza yang dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam parit besar di kawasan Pasar Cabang 3, Kuala Terengganu.
Menurut perkongsian seorang pengguna di Facebook, kejadian itu berlaku apabila selipar yang dipakai pemandu dipercayai tersangkut pada karpet kereta ketika dia ingin menekan brek untuk meletakkan kenderaan.
Difahamkan, pemandu tersebut panik selepas selipar yang dipakai tersangkut sehingga menyebabkan pedal minyak tertekan secara tidak sengaja.
Kereta berkenaan kemudian melanggar pagar penghadang sebelum terjatuh ke dalam parit.
“Ketika kereta masih terapung, pemandu yang berada seorang diri sempat membuka tingkap kerana pintu tidak dapat dibuka akibat tekanan air dari luar sebelum keluar melalui tingkap kenderaan itu,” katanya.
Difahamkan, pemandu berkenaan selamat.
Tangkap layar video tular di laman facebook, semalam.Artikel berkaitan: Polis Tahan Pemandu Kereta Buat Aksi Ala “Drift” Di Genting Highlands
Artikel berkaitan: Tular Kereta Peronda Ambil “Bungkusan Putih” Dari Kedai Makan, Kejadian Sedang Disiasat Polis
Susulan itu, seorang pengguna tampil memberi beberapa tip bagi mengelakkan perkara sama berlaku.
Menurut pengguna MNoor Arifin, pemandu dinasihatkan supaya memakai kasut ketika memandu kerana pemakaian selipar boleh meningkatkan risiko ia tersangkut pada karpet atau pedal.
“Memang seperti syarat JPJ, kita digalakkan memakai kasut ketika memandu. Malah semasa ujian memandu, calon boleh gagal serta-merta jika tidak memakai kasut,” katanya.
Tambahnya lagi, pemandu juga perlu memastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik dan tidak koyak.
“Karpet kereta mesti rata di lantai serta berada pada posisi yang betul. Jika karpet rosak atau koyak, lebih baik terus tukar,” ujarnya.
Sumber: Facebook MNoor Arifin

1 day ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















