Hari Raya Aidilfitri di UAE dijangka akan jatuh pada Jumaat iaitu pada tarikh 20 Mac 2026 nanti.
Ini kerana Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) telah mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah di negara itu melalui balai cerap astronominya.
Menurut Gulf News, akademi tersebut mengatakan pengiraan mereka menunjukkan bahawa Ramadan pada tahun ini di negara itu akan cukup 30 hari, sekali gus menjadikan hari Jumaat 20 Mac nanti adalah hari pertama bulan Syawal.
Gambar sekadar hiasanArtikel Berkaitan: Ini Penjelasan Jabatan Mufti Negeri Perak Susulan Tular 1 Syawal Mungkin Pada Jumaat
Artikel Berkaitan: “Memang kita kerja pergi kedai je” – Netizen ‘Geram’ Dengan Kerenah Khairul Aming Kongsi Resepi
Difahamkan, pengiraan astronomi mereka menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada malam cerapan anak bulan iaitu pada Rabu 29 Ramadan (18 Mac) nanti.
Namun, dalam masa yang sama, balai cerap tersebut juga mengatakan anak bulan mungkin boleh dilihat di sesetengah negara Arab dan Islam lain dengan teleskop atau mata kasar kerana keadaan geografi dan astronomi yang lebih sesuai.
Yang penting, kita raya 1 Syawal.
Sumber: Gulf News,

1 day ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















