Bintang bola sepak Brazil, Neymar, berdepan tindakan undang-undang selepas bekas chef peribadinya mendakwa dipaksa bekerja dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan sepanjang tempoh perkhidmatannya di kediaman mewah pemain itu.

Saman tersebut difailkan di Regional Labor Court of the 1st Region dan merujuk kepada tempoh kerja chef berkenaan di Casa Hotel Portobello di Mangaratiba antara Julai 2025 hingga Februari 2026. Menurut tuntutan itu, tugas yang pada awalnya dijanjikan sebagai kerja dapur biasa akhirnya bertukar menjadi rutin yang didakwa menjejaskan kesihatan fizikal dan mentalnya.
Dokumen saman menyatakan kontrak asal menetapkan waktu kerja dari jam 7 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Khamis, manakala pada Jumaat sehingga jam 4 petang. Namun, chef itu mendakwa dia kerap bekerja sehingga lewat malam, kadangkala hingga jam 11 malam atau tengah malam, selain dipanggil bertugas pada hujung minggu tanpa bayaran lebih masa yang sewajarnya.
Dia juga mendakwa terpaksa menyediakan makanan untuk rombongan besar pemain itu yang kadangkala mencecah sehingga 150 orang. Selain tekanan mental, beban kerja fizikal seperti mengangkat potongan daging seberat kira-kira 10 kilogram dan berdiri lama di dapur didakwa menyebabkan sakit belakang kronik serta radang pinggul yang memerlukan rawatan perubatan.
Gambar hiasanCef berkenaan yang menerima gaji sekitar 7,500 real Brazil sebulan kini menuntut pampasan sebanyak 262,000 real Brazil (bersamaan sekitar RM1.4 juta) meliputi bayaran kerja lebih masa, pampasan rehat, kos rawatan dan ganti rugi moral. Setakat ini, Neymar yang kini beraksi bersama Santos FC dilaporkan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai saman tersebut.
Sumber: Astro Awani

1 day ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















