Isu pertembungan budaya antara dua negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia ini memang tak pernah habis! Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X yang mencetuskan perdebatan hangat mengenai etika berpakaian ketika menziarahi tanah perkuburan.
Semuanya bermula apabila sekeping foto tular memaparkan sekumpulan individu yang dipercayai warga Indonesia sedang berkumpul di sebuah pusara dengan gaya pemakaian yang dianggap tidak sopan. Ada yang berkemeja denim, memakai kaca mata hitam, malah ada yang tidak bertudung, yang mana gaya ini dilihat agak asing bagi norma ziarah jenazah di Malaysia.
Artikel berkaitan: “Bikin malu!” – Dua Lelaki Indonesia Dikecam, Main Padel Dekat Kawasan Perkuburan Di Jepun
Artikel berkaitan: “Allahuakbar” – Kubur Mendap Di Senawang Cetus Kebimbangan Penduduk
Tindakan tersebut nampaknya telah mengundang rasa kurang senang seorang pengguna media sosial di Malaysia. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, individu tersebut menegaskan bahawa budaya menziarahi orang mati seharusnya dilakukan dengan penuh tertib dan hormat.

“Pergi ziarah orang mati kena tutup aurat untuk Muslim dan berpakaian sopan untuk bukan Muslim. Bukan pakai macam nak gi pasaraya,” tulisnya dengan nada tegas.
Bukan itu sahaja, hantaran tersebut turut mendakwa bahawa kemasukan warga asing yang membawa budaya pemakaian sebegini secara tidak langsung boleh “merosakkan” norma dan budaya setempat yang selama ini sangat mementingkan kesopanan di kawasan kubur.
Kenyataan pedas itu nampaknya telah sampai ke pengetahuan warga netizen di Indonesia. Rata-rata mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dan menganggap teguran itu terlalu kasar serta seolah-olah mencampuri urusan peribadi dan cara mereka menghormati si mati mengikut cara sendiri.

Bagi mereka, apa yang lebih penting adalah kehadiran dan niat untuk mendoakan si mati, bukannya semata-mata menilai apa yang tersarung di badan.
Sumber: X

5 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















