“Jangan boros, banyakkan menabung” – Anwar Seru Rakyat Berjimat, Bersedia Hadapi Kemungkinan Krisis Ekonomi

14 hours ago 11

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar berjimat cermat dan menabung bagi menghadapi kemungkinan krisis kewangan susulan konflik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) pada masa hadapan.

Beliau berkata, walaupun rakyat Malaysia ketika ini menikmati pelbagai bentuk keselesaan, kerajaan tetap bertanggungjawab mengingatkan bahawa keadaan ekonomi boleh berubah pada bila-bila masa.

Katanya, beliau sendiri tidak pasti sampai bila ekonomi dapat bertahan dalam keadaan ketidaktentuan global ketika ini.

Hal ini bukan melibatkan satu negara sahaja, malah puluhan negara turut terkesan. Dalam peperangan, banyak negara terlibat dan harga barang juga akan meningkat tinggi.

Jadi sementara keadaan sekarang masih terkawal, saya bertanggungjawab mengingatkan rakan-rakan supaya berjimat cermat dan menyimpan.

“Dalam bulan puasa dan sambutan Hari Raya, jangan berbelanja secara berlebihan kerana kita belum dapat menjangka berapa lama ekonomi boleh bertahan. Pandai-pandailah mengurus kewangan.

“Kalau berlaku kegawatan, ia bukan sesuatu yang mudah untuk diselesaikan. Rakyat perlu sama-sama sedar dan saling membantu,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

647063108 1510002767147952 1573819000144643267 N

Artikel berkaitan: Anwar Hubungi Menteri Luar Iran, Zahir Simpati Atas Korban Serangan Di Tehran

Artikel berkaitan: Anwar Gesa Gencatan Senjata Segera, Seru Henti Tindakan Provokatif di Asia Barat

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan sedang berusaha mempertahankan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter meskipun tidak dapat dipastikan berapa lama ia dapat dikekalkan susulan sekatan di Teluk Hormuz.

Teluk Hormuz merupakan selat sempit di antara Iran dan Oman dengan kelebaran kira-kira 55 kilometer dan menjadi antara laluan perkapalan utama bagi industri minyak dan gas dunia.

“Harga minyak sekarang melonjak hampir dua kali ganda dan saya sedang berusaha mempertahankan harga RM1.99. Kita hanya mampu berdoa agar ia dapat dikekalkan walaupun tidak tahu sampai bila.

“Lebih 200 kapal tangki yang membawa gas, minyak dan peralatan kejuruteraan kini tersekat di situ (Teluk Hormuz) akibat tindakan Israel yang disokong Amerika sehingga menyebabkan kos meningkat.

“Ia turut menjejaskan bekalan makanan, baja dan barangan dari Ukraine, Rusia serta Eropah yang kini mengalami peningkatan kos akibat sekatan tersebut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |