Selebriti Jaa Suzuran tampil memberikan kenyataan bekenaan dengan kes kakak iparnya iaitu penyanyi, Eda Ezrin yang terkenal menerusi lagu Bey Soba Bey.
Menurut Jaa, dia terkejut mengenai penahanan mereka, lebih-lebih lagi ia membabitkan ahli keluarganya.
Artikel berkaitan : Rayuan Ikat Jamin Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ Ditolak Oleh Mahkamah Thailand
Artikel berkaitan : “Mereka nyanyi bersama” – Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ Sudah Ada ‘Fan Club’ Di Penjara Narathiwat
“Percayalah kalau ada perkara yang saya boleh cakap memang saya nak bercerita. Siapa tak nak pertahankan keluarga.”
“Sudah tentu saya terkejut sebab berlaku secara tiba-tiba. Susah saya nak jelaskan. Kalau kejadian sama berlaku kepada anda, sudah pasti turut memberi kejutan.”
“Kami sekeluarga sekarang hanya mampu berdoa supaya segala urusan dipermudahkan. Saya nak cakap lebih-lebih pun saya tiada di tempat kejadian. Cuma saya harap ujian yang berlaku ini baik-baik sajalah.”
Menurut sumber, Jaa dilihat tenang apabila menjawab setiap soalan yang diajukan tetapi dia mohon kepada orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi atau andaian tidak benar mengenai kes yang sedang berjalan di mahkamah.
“Saya harap kita berhati-hati ketika bercakap. Ini kerana, kita tak tahu cerita sebenar yang terjadi pada waktu kejadian.”
“Saya tidak dapat nafikan saya pun sebelum ini pernah membuat spekulasi dan memberikan komen apabila sesuatu kes viral walaupun hakikatnya kita pun tiada di tempat kejadian.”
Tambah Jaa, dia tidak mampu menutup mulut orang ramai yang memperkatakan tentang hal kakak iparnya itu memandangkan ia mendapat liputan yang meluas.
“Kadang-kadang saya memilih untuk tak layan komen yang ditinggalkan. Lagipun kita tak boleh nak salahkan mereka sebab kes ini sudah viral.
“Siapa yang tak ikut (perkembangan kes)? Saya hanya mampu ‘tahan’ dan bersabar. Kita nak marah pun tiada guna.”
14 Januari lalu, penyanyi dikir barat Malaysia dan lima yang lain didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di Pekan Sungai Golok pada 1 November lalu.
Bagaimanapun penyanyi, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta empat yang lain, Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pil yaba.
Sumber : Harian Metro