3pswt 1

Tragedi sebuah pesawat ringan yang terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat semalam telah meragut 7 nyawa dan mencederakan 19 yang lain.

Memetik laporan Astro Awani, pesawat ambulans udara itu membawa enam orang termasuk penumpang dan kru penerbangan serta perubatan. Kesemua mangsa warganegara Mexico didalam pesawat itu telah terkorban.

Screenshot 2025 02 02 at 2.48.50 PM

Berikutan nahas itu, seorang lagi mangsa yang berada dalam kereta turut terkorban akibat daripada serpihan yang dipercayai meliputi empat ke enam blok dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa yang mengawal lokasi kejadian serta perimeter luarnya tidak menolak kemungkinan penambahan mangsa yang cedera akibat nahas itu.

Screenshot 2025 02 02 at 2.49.18 PM

Nahas pesawat yang terhempas di Philadelphia ini telah menyebabkan kebakaran dan kerosakan besar kepada beberapa buah kediaman, bangunan dan kenderaan.

Baca: Pesawat Kecil Terhempas, Cetus Kebakaran Besar Di Philadelphia

Pesawat Kecil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.