Seorang ibu meluahkan rasa kecewa, sedih dan marah apabila melihat semangat dan cita-cita anaknya yang berusia 11 tahun untuk ke SUKMA dan sukan Sea dalam acara akuatik renang terkubur.
Katanya, anaknya menangis apabila hasil kerja keras menjalani latihan yan sangat intensif selama setengah tahun kecundang kerana hasrat itu harus dibuang begitu sahaja kerana kecederaan kronik yang dialami akibat perbuatan kejam guru.
Artikel berkaitan : Lelaki Didenda Gara-gara Tampar GF Sebab Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’
Artikel berkaitan : Guru Didakwa Tampar Muka & Tarik Rambut Pelajar Tingkatan 5
Menurutnya kejadian itu berlaku pada 10 Disember lepas dan katanya, laporan polis telahpun dibuat. Selepas 4 hari kejadian, anaknya muntah tak berhenti, kit kepala, hidung berdarah sampaikan mereka terpaksa mendapatkan rawatan doktor pakar.
“Nose bleeding disebabkan darah beku di sekeliling telinga di bawah kulit. Sakit kepala, muntah demam sbb bengkak saraf dan juga cedera di kebanyakan tisu lembut. Multiple. Soft tissue injury.”
“Bahagian bengkak pulak (pipi kanan, telinga kanan, belakang telinga kanan, belakang kepala dan tengkuk) Rahang kanan bengkak sbbkan kesukaran dan sakit kunyah makanan, terjadi hypo sebab kurang makan.”
Menurut ibunya, dia ada bapa anaknya ke Hospital Taiping untuk membuat imbasan, namun keputusan menunjukkan tiada sebarang masalah. Namun begitu, anaknya tidak dapat hadir ke perlawanan sukan itu kerena kecederaan ini dan rugi ribuan ringgit kerana dilabur untuk kos latihan dan jurulatih.
Pun begitu, keadaan anaknya dikatakan jadi makin merosot sampaikan tidak dapat hadir ke sekolah selama sebulan. Ketika mereka bawa anaknya seklai lagi ke hospital, respon yang mereka terima daripada doktor sanagt mengecewakan.
“Sampai la ke hari isnin 13/1/2025 terpaksa juga bawak ke hospital taiping sbb muntah yang tak berhenti, kepala sakit, telinga berdengung.. dia sendiri minta bawakkan ke hospital sebab dia tak mampu nak bertahan. Sampai dekat emergency, suhu pun naik sampai 39.4, terkejut kami sedangkan dia langsung x demam waktu dalam perjalanan.”
“Sampai dekat hospital, diperiksa dan diteliti.. doktor beritahu, simptom dan gejala.. tiada ubat.. hanya boleh diredakan sahaja.. kesan tamparan dan tumbukan tersebut menjadikan gegaran di salur separuh bulat telinga(cochlear concussion) sama simptom macam gegaran otak.”
“Boleh baik namun ambil masa yg agak lama, atau kemungkinan besar tidak baik sama sekali. Patutla kadang2 anak aku jalan elok, kadang2 tidak.. terhoyong hayang langgar segala perabut dalam rumah. Belum lagi sakit kepala yang tak pernah berhenti, hidung yang kerap berdarah.”
Kesal dan kecewa dengan apa yang menimpa pada anaknya, Syahmina Mohd Azim menggesa agar pihak yang terlibat untuk tidak lepas tangan dan ebrtanggungjawb atas kejadian ini.
Sumber : Facebook