Awal minggu lalu, reaksi anak pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya yang tiba-tiba mengatakan dirinya sudah tidak menyayangi bapanya ketika siaran live di TikTok bersama ibunya.
Reaksi Nur Fatima itu telah menarik perhatian netizen sehingga ada sesetengah golongan warganet yang seperti menyalahkan Fazura atas reaksi anak pelakon itu yang berusia empat tahun.
Terbaru, menerusi temu bual bersama mStar, Fattah Amin mengatakan perkara itu normal dalam kalangan kanak-kanak kerana mungkin anaknya itu merajuk.
Tambahan pula, menurut Fattah, Fatima itu baru berumur empat tahun, jadi sebagai orang dewasa, kita tidak boleh menjangka apa yang akan dikatakan oleh seorang kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: “I don’t love daddy anymore” – Kata-kata Anak Fazura Ketika Sesi Live Undang Perhatian Netizen
Artikel Berkaitan: “Tinggi ikut daddy dia” – Respon Fazura Bila Ada Netizen Puji Ketinggian Fatima
Menurut pelakon filem Pendekar Awang itu juga, dia baru sahaja bertemu dengan anaknya baru-baru ini dan ketika pertemuan mereka, dia tidak melihat sebarang tanda jika Fatima tidak menyukai atau membenci dirinya.
Selain itu, terbaru, Fattah juga ada berkongsi foto dan video bersama Fatima menerusi Instagram malam tadi.
Biasalah tu budak-budak kan, kadang-kadang dorang merajuk, tapi lepas tu dorang okay balik kan.
Sumber: mStar, Instagram Fattah Amin