syaz ft 2025 01 28T115635.917

Hoarder merupakan individu yang mempunyai tabiat menyimpan barang secara berlebihan sehingga mengganggu persekitaran.

Terbaru, seorang personaliti TikTok didakwa merosakkan rumah sewa yang didiaminya sehingga menyebabkan tuan rumah itu mengalami kerugian sehingga RM 33,000.

Artikel berkaitan: “Baru ada kesedaran” – Gara-gara Culas Bayar Sewa, Majlis Bandaraya Seremban Cabut Pintu Penyewa PPR

Artikel berkaitan: Ada Pihak Buat Khidmat Sewa Tayar Untuk Lori Lulus Pemeriksaan Puspakom?

Pendedahan itu dibuat oleh tuan rumah tersebut menerusi aplikasi X sebagai peringatan buat pemilik rumah yang ingin menyewakan rumah kepada individu tersebut.

Salam Owner Rumah,

Sila berhati-hati dengan bakal penyewa bernama Suzie Rozieana @ Naiemah Binti Bt Yaakub (62) & Mohd Shariff Bin Abdul Razak (60). Mereke adalah “hoarder”. Perempuan trsebut influencer tiktok, dikenali sebagai “princess suzie/ungku suzieadriana/aunty pink” pic.twitter.com/irvdhwwqr1

— hantuinenekpink (@ainapinkk) January 27, 2025

“Sila berhati-hati dengan bakal penyewa bernama Suzie Rozieana @ Naiemah Binti Bt Yaakub (62) & Mohd Shariff Bin Abdul Razak (60).

Mereka adalah ‘hoarder’. Perempuan trsebut influencer tiktok, dikenali sebagai ‘princess suzie/ungku suzieadriana/aunty pink’,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, difahamkan ‘Princess Suzie’ gagal melunaskan bil elektrik sebanyak RM16K, meter air & paip air dari Air Selangor juga rosak dan melibatkan bayaran sebanyak RM2.5K, selain tidak membayar sewa dalam anggaran RM13K.

Tuan rumah itu juga berkata mereka terpaksa menggunakan cara ‘alternatif’ untuk menghalau mereka daripada rumah tersebut dengan memanggil polis.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.