Suasana hiba menyelubungi penduduk di Kampung Belau apabila tiga ahli keluarga ditemui maut dalam keadaan mengerikan di kediaman mereka awal pagi tadi. Mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri berusia 65 dan 53 tahun, serta anak lelaki mereka yang berumur 29 tahun.
Penemuan tragis itu didedahkan selepas pihak polis bersama penduduk kampung melancarkan gerakan mencari susulan kegagalan menghubungi pasangan berkenaan sejak Isnin lalu.
Artikel berkaitan: “Hanya 3 ekor selamat…” – Tragis! 27 Kucing Peliharaan M*ti Terperangkap Dalam Kebakaran Rumah Di Langkawi
Artikel berkaitan: “Saya hanya mampu peluk suami“– Isteri Dedah Detik Ngeri Lihat Suami Sendiri Ditemb*k 18 Kali
Keadaan Mayat Memilukan
Menurut sumber, mayat pasangan suami isteri tersebut ditemui di bahagian dapur dalam keadaan yang sangat menyayat hati dengan bahagian kepala terpisah daripada badan. Kedua-duanya ditemui dalam keadaan dibalut dengan permaidani.
Sementara itu, mayat anak lelaki pasangan tersebut pula ditemui di sebuah bilik di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan dengan kesan kelar pada bahagian leher. Pihak polis percaya pasangan warga emas itu telah meninggal dunia melebihi tempoh 48 jam berdasarkan keadaan fizikal mayat yang sudah mula membengkak dan berbau.

Latar Belakang Keluarga
Difahamkan, si suami bekerja melakukan kerja-kerja kampung manakala isterinya merupakan seorang kakitangan pembersihan di sebuah sekolah di Sungai Petani. Pasangan ini mendirikan rumah tangga beberapa tahun lalu selepas masing-masing melalui fasa perceraian sebelum ini.
Mereka tinggal bersama anak lelaki kepada wanita tersebut, yang juga merupakan seorang bekas penuntut universiti di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, anak muda itu dilaporkan tidak menamatkan pengajiannya dipercayai akibat mengalami masalah kemurungan.
Seorang lagi anak lelaki kepada mangsa lelaki pula difahamkan bertugas sebagai anggota tentera yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Siasatan Lanjut PDRM
Kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan satu sidang media akan diadakan pada tengah hari ini bagi memberikan perincian lanjut.
Sumber: Astro Awani

15 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















