Sebuah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah terlajak hingga ke hujung landasan di Stesen Butterworth pada pagi Sabtu semalam.
@scoopdotmySebuah set tren Komuter enam gerabak (SCS03) dilaporkan terlajak ke hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth, awal pagi tadi. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya berkata, tren itu set kosong tanpa penumpang dan sedang dalam pergerakan operasi harian serta tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 6.01 pagi itu. Berikutan itu, KTMB sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. “Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,’’ katanya. – 8 November, 2025 #ktm #butterworth #malaysia
♬ original sound – Scoopdotmy – Scoopdotmy
Insiden tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak KTMB menerusi satu kenyataan di Facebook dan difahamkan, kejadian berkenaan telah berlaku di Platform 4 stesen tersebut sekitar jam 6 pagi.
Walau bagimanapun, insiden terlajak itu tidak melibatkan sebarang mangsa kerana ketika kejadian, tren itu set kosong tanpa penumpang.

Artikel berkaitan: Tular Video Pakcik Berdiri Rapat & Lintas Landasan Keretapi, KTMB Tampil Beri Respon
Artikel berkaitan: Tren KTMB Alami Kelewatan Gara-gara Ada Penumpang Sengaja Tarik Brek Kecemasan
Susulan itu, pasukan teknikal KTMB telah ke lokasi kejadian untuk mengalihkan set tren tersebut sekali gus bagi memastikan keselamatan kawasan dan kelancaran operasi di stesen.
Difahamkan juga, siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar insiden sedang dijalan oleh pihak mereka.
Sumber: Facebook KTM Berhad, Facebook Penang Kini

1 week ago
37































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















