ft pukul OKU

Seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pada Jumaat lalu telah direman selama 3 hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 40 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Artikel berkaitan : Disyaki Pukul Lelaki OKU Kes Langgar Gerai Di Pasar Tani, 3 Individu Ditahan

Artikel berkaitan : Gara-gara Tidak Diberikan Wang Untuk Beli Dadah, Penagih Pukul Isteri Dan Anak di Pasar Tani

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, suspek itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira jam 11.30 malam tadi.

“Setakat ini lima lelaki berusia 18 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut manakala tiga saksi awam turut dipanggil untuk diambil keterangan.”

Screenshot 2025 01 20 172559

Jumaat lalu, sumber melaporkan seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di pasar tani tersebut.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal telah memasuki tapak jualan itu sebelum terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut’bersepai’ di atas jalan.

Susulan itu, mangsa dipukul oleh beberapa individu di lokasi tersebut. Kejadian itu telah emnarik perhatian ramai menerusi satu rakamn video yang berdurasi 1 minit 52 saat.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.