Seorang kanak-kanak lelaki di China menjadi penyebab kerosakan kepada beberapa buah kereta mewah dan jalan raya. Ini berlaku selepas kanak-kanak itu melempar mercun ke dalam lubang kumbahan sehingga mengakibatkan letupan.
Memetik laporan Mothership, kejadian itu berlaku pada hari kedua Tahun Baru Cina, 30 Januari yang lalu di bandar Neijiang di wilayah Sichuan.
Letupan itu dilaporkan berpunca daripada mercun yang dilempar serta gas metana di dalam lubang kumbahan itu. Antara kereta mewah yang dilaporkan mengalami kerosakan akibat letupan itu adalah Lincoln, Audi, Porsche dan lain-lain. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan insiden itu.
Rakaman kejadian menunjukkan kanak-kanak lelaki itu menghampiri penutup lubang kumbahan di kawasan tempat letak kereta, yang kelihatan berada di antara dua kereta. Dia kemudiannya melemparkan mercun dan melarikan diri. Ini diikuti dengan letupan, yang menyebabkan sekurang-kurangnya sebuah kereta terbalik.
Sumber melaporkan bahawa kanak-kanak lelaki itu dibawa pergi oleh polis dari lokasi kejadian.
Baca: “Mangsa berada 10 meter dari lokasi” – Rakyat Malaysia Tercedera Dalam L*tupan Di Pattani