subang hidung

Seorang wanita di Indonesia baru-baru ini menjadi perhatian ramai di media sosial selepas tular subang hidung atau nose ring yang dipakainya tersangkut pada sebuah kerusi pejabat sehingga dia tidak dapat bergerak atau bangun dari kerusi tersebut.

Memetik laporan Liputan6, wanita itu dibawa ke balai bomba berdekatan oleh rakan-rakannya agar subang hidung yang tersangkut itu boleh dibuang.

Difahamkan, untuk mengelakkan wanita itu dari menjadi bertambah panik, pihak bomba cuba bergurau agar wanita itu tidak takut.

@themalaymail

In a bizarre turn of events, firefighters step in to free a woman trapped by her nose piercing on a chair.

♬ original sound – themalaymail – themalaymail

Artikel berkaitan: Kes Pecahkan Kereta Sendiri Ada ‘Plot Twist’, Rupanya Kereta Sambung Bayar Tapi Owner Tak Bayar Di Bank?

Difahamkan, dalam masa kurang 10 minit, subang hidung yang tersangkut itu berjaya dilepaskan oleh pihak bomba.

Sebelum ini, tular di media sosial TikTok video subang hidung yang dipakai wanita itu tersangkut pada kerusi.

10 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.