Jatuh Cinta Pandang Pertama Ni Real Ke? Ini Penjelasan Saintifik Disebaliknya

13 hours ago 7

Kebanyakan kita akan ambil masa untuk membentuk perasaan cinta itu sendiri, terutamanya ketika mula mengenali seseorang dengan lebih dekat. Sebab tak semua orang boleh jatuh cinta tiba-tiba, apatah lagi perasaan cinta itu nak datang bergolek sendiri.

Rasa suka itu biasanya akan hadir atas sebab-sebab tertentu seperti personalitinya, sikapnya atau cara dia membawa diri. Pendek kata, perasaan cinta selalunya hadir melalui proses perkenalan yang berlaku secara perlahan.

Tapi, tak semua kisah cinta bermula dengan cara begitu. Ada juga yang percaya bahawa cinta boleh berlaku dalam beberapa saat saja, hanya dengan satu pandangan pertama. Tanpa sebarang perkenalan dan perbualan panjang, cukup satu detik sahaja sudah memadai untuk membuat hati mereka jatuh cinta.

Cuma persoalannya, adakah cinta pandang pertama ni sekadar perasaan sahaja atau memang betul ada individu-individu yang tertarik dengan seseorang hanya melalui pandangan pertama?

Artikel Berkaitan: “Camne nak pulangkan…” – Bungkus Makanan Di Rembayung Dapat ‘Free’ Senduk, Khairul Aming Pun Terkedu – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: Gara-gara Katerer Lesap ‘Last Minit’, Pengantin Rugi RM11,000 Sampai Ibu Terpaksa Gadai Gelang Emas – Lobak Merah

Apa itu cinta pandang pertama? 

Love At First Sight

Cinta pandang pertama merujuk kepada perasaan hubungan yang hadir secara serta-merta apabila bertemu seseorang buat kali pertama. Ia juga digambarkan sebagai momen yang susah untuk dijelaskan, seolah-olah dunia sekeliling tiba-tiba berhenti seketika.

Perasaan ini membuatkan seseorang ingin terus berada dalam momen tersebut sebab wujudnya satu bentuk emosi yang terasa berbeza daripada apa yang pernah dialami sebelum ini. Hal ini kerana, perasaan ‘eh macam kenal la dia ni’ akan hadir secara tiba-tiba sehinggakan kita ingin terus kekal berasa begitu.

Dari sudut lain, cinta pandang pertama juga dikaitkan dengan reaksi keserasian yang berlaku antara dua individu. Perasaan ini juga biasanya sangat susah untuk diabaikan dan mendebarkan, malah ada yang menggambarkannya sebagai perasaan keterujaan yang melampau.

Tarikan ini juga biasanya bermula daripada perkara luaran seperti penampilan, cara perwatakan seseorang itu, suara atau mungkin rupa fizikal seseorang itu sendiri. Dalam sesetengah kes, rasa jatuh cinta pandang pertama ni juga boleh menyebabkan seseorang seakan-akan terhanyut dalam perasaan tersebut tanpa sempat berfikir secara rasional.

Peranan deria dalam jatuh cinta

Featured Lm 2026 02 05T125757.352

Sebenarnya, deria bau dan penglihatan mata kita pun memainkan peranan penting dalam membuat seseorang itu mudah jatuh cinta pandang pertama.

Mungkin korang tak pernah jatuh cinta pandang pertama, tapi korang pernah tak tertarik atau curious dengan seseorang itu hanya dengan ‘bau’?

Menurut portal antarabangsa, kebanyakan wanita lebih peka terhadap bau badan lelaki ketika berada dalam fasa subur kitaran haid mereka dan ini boleh menimbulkan tindak balas fizikal serta emosi yang spontan. Bau badan atau wangian seseorang itu boleh mencetuskan rasa tertarik dan teruja tanpa kita sedar, walaupun baru pertama kali bertemu.

Selain itu, tatapan mata juga memainkan peranan penting dalam cinta pandang pertama. Kadang-kadang, pandangan antara dua orang boleh jadi satu bahasa tersendiri yang hanya mereka fahami.

Sebelum ini pernah ada satu eksperimen yang mana peserta diminta untuk menatap mata seseorang yang tidak dikenali selama dua minit dan daripada eksperimen itu, pengkaji mendapati yang mereka boleh tercetus perasaan suka sama suka meskipun tidak pernah mengenali individu tersebut.

Jadi dalam konteks ini jatuh cinta pandang pertama, deria bau dan penglihatan mata juga boleh jadi sebab seseorang itu cepat rasa nak rapat atau tertarik pada orang lain walaupun baru pertama kali bertemu.

Tapi, real ke perasaan cinta pandang pertama tu? 

Featured Lm 2026 02 05T125750.943

Sebenarnya, para saintis dah lama buat kajian otak bagi individu-individu yang dikatakan sedang hangat dijatuh cinta dan antara penemuan mereka adalah reaksi dopamin.

Dopamin ni adalah sejenis neurotransmitter dalam otak dan ia dilepaskan bila kita rasa seronok, teruja atau puas, contohnya seperti makan, minum atau bila jatuh cinta.

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, dua daripada tiga orang kata mereka pernah rasa cinta pandang pertama. Kajian itu turut mengatakan yang kebanyakan lelaki lebih percaya fenomena cinta pandang pertama berbanding wanita.

Walaupun secara umumnya kita rasa tak logik ada orang boleh jatuh cinta tiba-tiba dalam sekelip mata saja, tapi menurut sains, badan kita memang akan mengalami perubahan fizikal dan otak kita juga akan melepaskan reaksi seperti oksitosin dan dopamin yang buat kita tertarik dengan seseorang itu.

Selain itu, hormon kortisol pada fasa-fasa awal bercinta juga akan buat kita mudah rasa ‘butterflies’ di perut, jantung berdegup kencang dan mata kita hanya akan fokus pada orang yang kita minat saja. Sebab itulah bila rasa cinta pandang pertama, mereka terasa dunia seakan-akan berhenti seketika dan semua ini sebab mereka terikut-ikut dengan rangsangan yang disampaikan oleh otak mereka.

Jadi, perasaan jatuh cinta pandang pertama ni real dan legit je walaupun sebahagian daripada kita tak pernah mengalaminya. Tak semestinya kita tak pernah alami situasi seperti itu, bermakna ianya tak relevan bagi mereka yang pernah jatuh cinta pandang pertama.

Sumber: Mental Floss, Brides

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |