Tersentuh Tengok Guru Mengaji Tahan Lapar & Berjalan Kaki, Aisar Khaled Hadiahkan Motor Serta Taja Umrah

18 hours ago 9

Pempengaruh Aisar Khaled kini menjadi tumpuan selepas dia melawat seorang guru mengaji dari Indonesia dan menyalurkan sumbangan yang tidak ternilai buat individu itu.

Dikatakan, guru mengaji itu mula tular di Indonesia kerana berjalan kaki dan terpaksa menahan lapar saat sedang mengajar. Tersentuh dengan kehidupan guru tersebut, ia membuat Aisar Khaled rasa terpanggil untuk melawat guru tersebut.

Artikel berkaitan: Sebulan Bergelap Akibat Banjir, Aisar Khaled Bantu Salur Bekalan Elektrik Buat Penduduk Aceh Tamiang

Artikel berkaitan: Tular Video Aisar Khaled Dihalau Ketika Beri Sumbangan, Penduduk Bali Dedah Situasi Sebenar

Terpaksa tahan lapar dan berjalan jauh

Difahamkan, guru tersebut mengajar seramai 40 orang murid untuk mengaji dan dia mengajar dengan penuh dedikasi biarpun sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Lebih mengharukan, isteri kepada guru mengaji tersebut memaklumkan bahawa suaminya itu terpaksa berjalan kaki untuk ke lokasi mengajar dan jaraknya begitu jauh.

Oleh itu, dapat dilihat Aisar menghadiahkan sejumlah wang tunai bersertakan motosikal kepada guru tersebut, bahkan Aisar turut menghadiahkan pakej umrah buat guru bertuah itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dari Indonesia dan Malaysia meluahkan rasa terharu dengan kemuliaan Aisar Khaled ini, rata-rata mendoakan agar Aisar dimurahkan rezeki.

Screenshot 2026 02 05 112813 Screenshot 2026 02 05 112903

Sumber : Threads 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |