Dugaan berat menimpa sepasang pengantin di Tampin, Negeri Sembilan apabila hari bahagia yang diimpikan bertukar menjadi mimpi ngeri.
Pihak katering yang sepatutnya menyediakan hidangan buat para tetamu dilaporkan ‘ghaib’ pada hari majlis berlangsung iaitu pada 31 Januari lalu, sehingga menyebabkan keluarga mangsa menanggung kerugian lebih RM11,000.
Menurut kakak pengantin yang mahu dikenali sebagai Mimie, kejadian itu hanya disedari pada awal pagi hari kejadian melalui satu pesanan ringkas.
Artikel berkaitan: TikToker Dikecam Cari Katering Untuk 200 Orang Bagi Sponsor Majlis Sendiri, Dakwa Konon Nak Buat Review
Artikel berkaitan: Penipu Katering Majlis Kahwin Masih Belum Dikesan, Suami Pula Hilang
“Adik maklumkan menerima mesej wanita berkenaan di WhatsApp yang memberitahu dia tidak dapat hadir (menyediakan makanan) pada majlis itu kira-kira jam 4 pagi hari kejadian.
Dalam mesej berkenaan, wanita itu hanya minta maaf dan maklum tidak dapat hadir kerana ada hal tidak dapat dielakkan,” kongsinya.

Berdepan situasi kelam-kabut itu, keluarga mangsa tiada pilihan lain selain mencari katerer ganti dalam tempoh yang sangat singkat.
Lebih menyedihkan, ibu mereka terpaksa berkorban harta benda demi menutup malu dan memastikan majlis diteruskan.
“Apa yang membuatkan kami terkilan adalah tindakan tidak bertanggungjawab wanita berkenaan menyebabkan ibu terpaksa menggadaikan gelang emasnya bagi membayar dua katerer ganti yang menyediakan makanan untuk 500 orang,” luahnya.
Tambah Mimie lagi, mereka sebenarnya sudah kehabisan bajet kerana bayaran penuh hampir selesai dibuat kepada katerer asal.
“Sebelum ini, saya guna khidmat katerer itu bagi menyediakan makanan kepada 500 orang dalam majlis perkahwinan saya selepas melihat iklan di Facebook.
Ketika majlis perkahwinan saya, tiada sebarang masalah berlaku. Malah, kesemua juadah disediakan wanita itu juga sedap. Melihat keadaan itu, saya mencadangkan adik untuk menggunakan katerer sama, namun lain pula jadinya,” katanya lagi.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gemencheh dan keluarga mangsa kini hanya menuntut hak mereka dikembalikan.
Sumber: Harian Metro

19 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















