2bom

Polis Indonesia mengesahkan seorang pelajar disyaki menjadi dalang di sebalik dua letupan yang berlaku di sebuah masjid ketika solat Jumaat di Jakarta semalam, yang mengakibatkan kira-kira 50 orang cedera.

Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, berkata suspek turut cedera dalam insiden berkenaan dan kini sedang menjalani pembedahan di hospital. Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat motif kejadian serta meneliti pelbagai maklumat berkaitan.

Screenshot 2025 11 08 at 12.22.19 PM

Letupan berlaku sekitar 12.15 tengah hari (waktu tempatan) di kawasan sekolah menengah di Jakarta Utara, ketika khutbah Jumaat baru sahaja bermula. Kejadian itu mencetuskan panik dalam kalangan pelajar dan jemaah yang berada di masjid SMA 72.

Sementara itu, Timbalan Menteri Penyelaras Politik dan Keselamatan, Lodewijk Freidrich Paulus, menasihatkan orang ramai agar tidak membuat kesimpulan awal berhubung punca kejadian, sambil menegaskan siasatan sedang dijalankan. Beliau memaklumkan letupan berlaku di bahagian belakang masjid berhampiran pintu utama.

Polis turut menemui sebuah pistol mainan di lokasi kejadian, yang sebelum ini disangka sebagai senjata sebenar berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial. Pihak berkuasa kini sedang menyemak semua bahan bukti termasuk tulisan yang ditemui pada pistol mainan tersebut bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.