Seorang wanita di Taman Sri Sentosa berdepan detik cemas selepas diserang lelaki tidak berpakaian yang menceroboh masuk ke rumahnya dan menyamun telefon bimbit, kelmarin.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mangsa berusia 20 tahun sedang menyidai pakaian di rumahnya.
Mangsa pada mulanya menyangka bunyi pintu jeriji dibuka itu dilakukan oleh rakan serumah, namun terkejut apabila mendapati seorang lelaki tanpa seurat benang melangkah masuk ke dalam rumah.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata mangsa cuba melarikan diri tetapi dihalang suspek sehingga berlaku pergelutan.
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di paha kiri, bibir serta tangan. Suspek turut mengugut akan membunuh mangsa dan meminta wang daripadanya sebelum melarikan telefon bimbit milik wanita itu.
Asisten Komisioner Hoo Chang HookArtikel berkaitan: 3 Lelaki Direman, Buat Laporan Palsu Kononnya Disamun RM60K
Artikel berkaitan: 5 Perompak Menyamar Jadi Polis Nak Samun Sebuah Rumah
Susulan laporan polis, suspek berusia 27 tahun itu berjaya ditahan sekitar pukul 7.12 malam di kawasan sama.
Polis turut merampas tiga telefon bimbit termasuk milik mangsa, sebuah komputer riba, beg galas, pakaian dan sepasang selipar.
Siasatan mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah serta tujuh rekod dadah, malah ujian air kencing turut menunjukkan dia positif ganja.
Lelaki berkenaan kini direman lima hari sehingga 13 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa melakukan samun.
Sumber: Harian Metro

1 week ago
21































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















