ibu tular tolak stroller anak 3 pagi kemalangan

Seorang ibu yang tular kerana sanggup menolak ‘stroller’ anak autistik pada jam 3 pagi hanya untuk mencari roti untuk anaknya sebelum ini, terlibat dalam satu kemalangan langgar lari.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh keluarga mangsa, difahamkan wanita tersebut bersama suami serta anaknya terlibat dalam kemalangan berdekatan MRT Kampung Selamat, Sungai Buloh menghala Kota Damansara kira-kira pukul 2 pagi Ahad (26 Januari).

Dilaporkan, wanita tersebut bersama suami berada dalam keadaan kritikal manakala anaknya hanya mengalami luka ringan selepas motosikal yang dinaiki mereka sekeluarga dilanggar.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa memohon agar mana-mana individu atau saksi yang melihat situasi kejadian untuk tampil memberikan maklumat.

475161784 8397778250322083 5908211216461857061 n

Wanita terlibat kemalangan sudah sedar

Menerusi perkembangan terkini, ibu berkenaan sudah sedar namun perlu menjalani dua pembedahan pada bahagian otak dan kaki.

Bagaimanapun, suami kepada wanita itu masih belum menunjukkan apa-apa perkembangan positif dan akan ditidurkan sekiranya paras oksigen semakin menurun.

475246690 9249842241720519 3359606530496728986 n

“Perkembangan terkini kakak dan abang ipar saya, alhamdulilah kakak dah sedar tapi akan menjalani pembedahan otak pada bila-bila masa sahaja hari ini (semalam) kerana ingin membuang darah yang bertakung dalam kolam air otak.

“Keadaan dia hari ini (semalam) kurang baik berbanding semalam. Pembedahan akan dilakukan juga pada kaki kakak sebelah kiri yang patah.

“Abang ipar pula, kesedarannya hanya 9 peratus dari kita yang normal ni 15 peratus. Kalau makin turun mungkin akan di intube, masih belum sedar.” kongsi adik wanita itu.

@nxjmxe

Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage

♬ original sound – nxjmxe. – 🇲🇾🇾🇪nxjmxe.🇸🇾🇵🇸

Dalam perkongsian lain, adik wanita itu memaklumkan kakaknya sudah berada dalam bilik pembedahan dan memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan pihak perubatan dalam menyelamatkan kakaknya dipermudahkan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.