4mural

Pelukis Lithuania, Ernest Zacharevic, akan memfailkan saman terhadap AirAsia kerana menggunakan mural hasil lukisannya, “Children on Bicycle” dalam iklan promosi mereka tanpa mendapat kebenarannya.

Screenshot 2025 01 25 at 2.20.42 PM

Memetik laporan Malay Mail, Zacharevic menyatakan bahawa beliau telah berusaha untuk mencari penyelesaian yang adil dengan AirAsia selama dua bulan lalu, namun syarikat penerbangan itu gagal memberikan tawaran yang setimpal dengan nilai karya tersebut.

Beliau turut menyebut bahawa tawaran itu juga tidak memadai dengan penggunaan hasil kerjanya tanpa kebenaran secara berulang dalam pelbagai iklan AirAsia.

Tujuan saya bukanlah untuk memprovokasi atau memfitnah AirAsia, tetapi untuk menyelesaikan perkara ini secara adil dan profesional.”

Namun, beliau meluahkan rasa kecewa dengan respon pihak AirAsia yang mengeluarkan kenyataan korporat biasa dan hanya akan memanjangkan tempoh perbincangan.

Screenshot 2025 01 25 at 2.21.04 PM

Pada November lalu, Zacharevic memuat naik video sebuah pesawat AirAsia yang menampilkan muralnya. Beliau menyatakan bahawa ini bukan kali pertama syarikat itu menggunakan karyanya tanpa kebenaran.

Selama bertahun-tahun, mural saya telah muncul dalam kempen e-mel mereka, iklan dalam talian, majalah penerbangan, sepanduk bercetak, dan banyak lagi.”

Zacharevic berkata, dalam beberapa kejadian, beliau telah secara rasmi meminta AirAsia menghentikan penggunaan karyanya tanpa kredit, kebenaran, atau pampasan yang sesuai.

Screenshot 2025 01 25 at 2.22.02 PM

Beliau juga menyatakan bahawa perkara ini akan membawa implikasi yang lebih besar, kerana ia memberikan mesej bahawa karya seni boleh digunakan secara bebas tanpa menghiraukan hak harta intelek.

Baca: “I’m gonna build six packs” – Tony Fernandes Akui Pernah Kena ‘Body Shaming’, Ingin Buat Perubahan

Screenshot 2025 01 25 at 2.19.50 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.