mayat tangki air pulau pangkor 1

Misteri bau busuk di sebuah tangki simpanan air pelantar P5 di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Manjung iaitu Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kira-kira pukul 3.15 petang semalam Balai Polis Pangkor menerima maklumat mengenai penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air dari orang awam.

Mayat itu ditemui seorang pekerja pelantar yang mahu membuka paip utama, terhidu bau busuk yang datang dari arah tangki simpanan air.

Artikel berkaitan: Mayat Elisa Lam Ditemui Dalam Tangki Air, Rupanya Hotel Berhantu Ni Dah Ragut Hampir 16 Nyawa!

Artikel berkaitan: “Was-was nak guna air tadah” – Netizen Terkedu Bila Tahu Bekalan Air Terganggu Sebab Ada Mayat Dalam Kolam Air ?

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlungkup dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor

“Keadaan fizikal mayat juga telah mulai kembung dan membusuk,” katanya.

admin ajax 1

Beliau berkata, ia merupakan mayat lelaki berusia 51 tahun dan tidak bekerja. Menurutnya, waris mangsa juga telah berjaya dikesan oleh pihak polis.

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menyalurkannya ke Balai Polis Pangkor atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Sumber: Malaysia Gazette