syaz ft 2025 11 07T105231.380

Kapten Selangor FC, Faisal Halim, telah turun menemui penyokong di luar Stadium MBPJ selepas kekalahan 2-3 pasukannya kepada Persib Bandung dalam aksi kumpulan saingan AFC Champions League (ACL).

Penyokong Selangor yang tidak berpuas hati memilih untuk memprotes di luar stadium selepas kekalahan itu. Dua gol oleh pemain Persib, Adam Alis, membantu pasukan Indonesia itu kembali mendahului Kumpulan G.

Artikel berkaitan: “Forgive & forget, macam baru kahwin semalam” – Faisal Halim & Isteri Dah Berdamai?

Artikel berkaitan: Mental Faisal Halim Tak Terganggu, Kekal Fokus Dalam Bola Sepak – Pengurus Harimau Malaya

Beberapa penyokong sempat memasuki padang selepas tamat perlawanan sebagai tanda protes terhadap pengurusan Selangor FC.

Menurut laporan Harian Metro, beberapa nama pengurusan tertinggi Selnagor FC dilaung-laungkan oleh penyokong khususnya Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Johan Kamal Hamidon. Malah difahamkan, beberapa penyokong turut merempuh masuk bahagian utama tempat duduk stadium dan cuba masuk ke bilik VIP bagi mencari Dr Johan.

Faisal yang tidak beraksi dalam perlawanan tersebut kerana kecederaan ringan, hadir bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan dan secara terbuka mendengar keluhan penyokong di luar stadium.

Penyokong turut menuntut agar pengurusan Selangor mengadakan sesi dialog dengan mereka untuk menjelaskan perancangan sebenar pasukan ke hadapan.

Sumber: Instagram, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.