Baru-baru ini, usahawan dan pelakon popular, Neelofa, ada berkongsi cerita menarik di sebalik pembabitan ibunya, Datin Noor Kartini, dalam perniagaan nasi ayam yang kini menjadi bualan ramai dengan harga RM26 sebekas.
Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa mendedahkan bahawa segalanya bermula secara tidak sengaja selepas resipi nasi ayam yang dikongsinya di media sosial mendapat sambutan luar biasa daripada netizen.
Artikel berkaitan: “Ayam besar, bekas cantik!” – Netizen Berpusu-pusu ‘Order’ Nasi Ayam RM26 Mama Tini!
Artikel berkaitan: Pelanggan Dakwa Jumpa Ulat Dalam Ayam Goreng, Pihak Restoran Jawab ‘Objek’ Itu Sebenarnya...
“Pada awalnya, saya yang kongsi resipi nasi ayam dekat Instagram dan tiba-tiba viral pula. Ramai tag saya dan mama sampai satu saat mama kata dia nak cuba jual nasi ayam,” katanya.
Menu Kegemaran Sejak Zaman Duduk Kelantan
Jelas bekas pengacara MeleTOP ini, hidangan tersebut bukanlah menu baharu, sebaliknya ia merupakan resipi turun-temurun yang menjadi kegemaran mereka sekeluarga sejak dia masih kecil lagi.
“Sejak kecil lagi dan zaman duduk kat Pasir Mas, Kelantan, menu inilah yang kami makan hingga sekarang. Ini kegemaran kami sekeluarga.
Siapa yang dah rasa, kebanyakannya kata sedap tetapi ada juga yang kurang suka. Terpulang pada lidah masing-masing,” ujarnya.
Terbuka Terima ‘Review’ Jujur Netizen
Mengulas mengenai pelbagai reaksi dan kritikan netizen mengenai perniagaan tersebut, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini menegaskan dia sama sekali tidak berkecil hati. Sebaliknya, dia sangat terbuka menerima sebarang pandangan dan ulasan jujur daripada orang ramai.
Bagaimanapun, Neelofa menjelaskan bahawa perniagaan yang diusahakan ibunya itu bukanlah berorientasikan keuntungan semata-mata, melainkan sekadar mengisi masa lapang dan niat untuk membantu masyarakat sekeliling.
“Saya nak pesan juga. Ada yang beri pandangan mereka mengenai nasi ayam ini. Sejujurnya, saya okay saja dengan orang yang buat review jujur pasal nasi ayam ni sama ada sedap atau tidak. Okay saja.
Mama buat nasi ayam ni sekadar sampingan memandangkan mama pun sudah tidak bekerja. Dia buat hanya sekadar suka-suka dan dalam masa sama membantu orang-orang sekelilingnya,” kongsinya lagi.
Walaupun isu harga hidangan tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang menyifatkannya agak mahal bagi sebungkus nasi ayam, rata-rata pengikut setia selebriti ini tetap memberikan sokongan.
Sumber: Instagram

13 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















