Suasana di sebuah sekolah kebangsaan di sini bertukar kecoh namun mencuit hati apabila dua ekor siamang tiba-tiba memasuki bilik guru, sekali gus mencetuskan suasana panik dan gelak tawa warga sekolah.
Kejadian itu dirakam dan dikongsi menerusi video di TikTok @fie-daa93, yang memaparkan haiwan berkenaan berjalan santai tanpa mengganggu sesiapa, malah sempat berkeliaran di beberapa kawasan sekitar sekolah.
@fie_daa93Cikgu, saya dah tolong photostat kertas. Mana upah saya ya 😆😆😆#siamang
♬ suara asli – Chemo_21 – Chemo Labetubun_21
Menurut pemilik akaun tersebut, Rafidah, siamang berkenaan dipercayai naik ke bilik guru untuk mencari makanan berikutan cuaca sejuk di kawasan tanah tinggi itu. Katanya, sebelum ini haiwan liar itu hanya muncul di pondok pengawal keselamatan untuk diberi makan oleh petugas sekolah.
Rafidah berkata, kehadiran siamang bukan perkara baharu kerana hampir setiap hari kumpulan haiwan itu datang ke kawasan sekolah, menyebabkan murid dan guru sudah biasa dengan kehadiran mereka.
Tambahnya, siamang yang sering muncul itu tidak pernah mencederakan sesiapa, malah warga sekolah turut menjaga seekor daripadanya yang digelar “Maktam”, dengan menyediakan buah-buahan seperti epal sebagai makanan harian.
Sumber: Sinar Harian

1 week ago
25































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















